in , ,

Zizi Kirana Gegarkan Studio Jadi Tetamu Undangan ICSYVMY3

Zizi Kirana hadapi cabaran untuk mengenal pasti penyamar bersuara sumbang di ICSYVMY3 minggu 13 apabila penampilan kesemua penyanyi misteri berjaya mengelirukan penyanyi rap popular ini.

Suasana studio menjadi semakin meriah dan bingit dengan gandingan mantap antara dua penyiasat jemputan Ungku Ismail Aziz dan Siti Saleha diikuti Yusry Abdul Halim, Mark Adam dan Jihan Muse dalam memainkan peranan untuk ‘membantu’ Zizi Kirana memilih siapakah pasangan duet di akhir rancangan itu.

Gagal menyingkirkan penyamar bersuara sumbang di pusingan pertama, Zizi Kirana tetap bersikap optimis dan gaya bersahaja beliau juga menceriakan mood studio sepanjang episod itu. Zizi Kirana yakin dengan pilihan sendiri bahawa penyanyi misteri keenam ialah penyamar dari awal rancangan.

Zizi Kirana - artis jemputan episod 13

Namun, sukarelawan di rumah anak yatim (Nur Wafa Amira Hisamusin) telah menawan pentas ICSYVMY3 dengan suara merdunya dan pengalamannya dalam mengajar koir nasyid selama 10 tahun. 

Perasaan bersalah mula dirasai Zizi Kirana tetapi permainan harus diteruskan. Zizi Kirana telah memilih pelayan sambilan di restoran (Nurul Izzati Azman) dan penari sekolah tarian Bollywood (Mohammad Aiman Mohd Zain) untuk disingkirkan di pusingan kedua. Zizi lega apabila pilihan beliau adalah tepat untuk menyingkirkan Nurul Izzati Azman.

Sayangnya, Zizi telah menyingkirkan penyanyi sebenar apabila Mohammad Aiman yang baru berumur 15 tahun bukan saja mempunyai bakat besar dalam nyanyian malah beliau juga menguasai tarian Bollywood sejak berumur 3 tahun. 

Seterusnya, persaingan semakin sengit dan sukar bagi Zizi Kirana untuk membuat keputusan. Tambahan lagi, paparan video yang berkongsikan info tambahan tentang penyanyi misteri yang masih bertahan juga membuatkan Zizi semakin keliru. Panel penyiasat juga mula mempersoalkan ‘fakta’ yang kelihatan bercanggah dengan identiti sebenar mereka.

Ungku Ismail Aziz - penyiasat jemputan episod 13

Keputusan Zizi Kirana untuk menyingkirkan pelajar jurusan pergigian (Abang Muhammad Zulhusni Abang Sulaiman) ternyata adalah kesilapan besar. Abang Muhammad Zulhusni, 23 tahun yang mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penyanyi telah memikat hati semua menerusi lagu persembahannya, “Menanti Janji” oleh Ronnie Hussein. 

Majoriti daripada panel penyiasat ingin melihat Zizi Kirana berduet dengan penjual produk kesihatan (Nur Zulaikha Baharom) tetapi Zizi Kirana membuat keputusan untuk memilih lelaki sebagai pasangan duet. Keputusan Zizi untuk menyingkirkan Nur Zulaikha adalah tepat kerana dia ialah penyamar bersuara sumbang.

Kejujuran mata merupakan faktor Zizi Kirana memilih Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Muda, Muhammad Zainul Rizman Mohd Sabbas, 17 tahun  untuk berduet dalam lagu “Boleh Jalan”.

Harapan Zizi Kirana meleset apabila tertipu dengan pasangan duet beliau yang sebenarnya seorang penyamar bersuara sumbang. Walaupun begitu, Muhammad Zainul Rizman tetap ‘sporting’ dan memberikan persembahan yang sangat menghiburkan. Dengan itu, Muhammad Zainul Rizman juga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3000!

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan episod seterusnya, ICSYVMY3 yang menampilkan Neeta iamNeeta sebagai artis jemputan, Fizo Omar dan Balkisyh Khan sebagai panel penyiasat jemputan. 

Siti Saleha - penyiasat jemputan Episod 13

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE, menampilkan Digi Prepaid, “Kekal Aktif, Kekal Berinternet” sebagai penaja utama dan Oppo Reno4 Series, “Jelas Menampilkan Sisi Terbaik Anda” sebagai penaja bersama. Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur adalah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti episod seterusnya yang akan disiarkan bermula pada 28 Jun 2020, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim live dalam definisi tinggi  di www.tonton.com.my

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my , ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial. 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Penerbit Tempatan Kurang Yakin Tayang Filem di Pawagam,” – PFM

Penyampai Team Pagi Suria Berperang Dengan Suria Petang