in , , ,

Karl Shafek Terharu Siti Nurhaliza ‘Repeat’ Order Pes Kuah Kacang Khalish

Pengacara dan personaliti TV, Karl Shafek tidak menyangka penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memberikan sokongan yang padu terhadap perusahaan pes kuah kacang yang menjadi punca rezekinya kini.

Rata-rata yang mengikuti Instagram penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pastinya akan tahu beliau sering membuat ulasan dan mempromosikan makanan yang diberikan kepadanya di Instagram.

Siapa sangka, penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu juga sering menyokong peniaga-peniaga kecil dengan membeli produk yang mereka niagakan. Patutlah rezeki Tokti murah, sebab dia selalu tolong orang yang susah. 

Mungkin ia inisiatif tersendiri penyanyi lagu Cindai itu untuk membantu peniaga kecil, Karl Shafek meluahkan rasa teruja dan terharu apabila dia telah menerima pesanan yang banyak daripada TokTi.

Karl Shafek Terharu Siti Nurhaliza ‘Repeat’ Order Pes Kuah Kacang Khalish

“Pada asalnya, saya hanya memberikan produk-produk saya termasuk pes kuah kacang segera kepada beliau sebagai buah tangan sekitar bulan ramadan yang lalu.

Enam bulan kemudian, saya terkejut menerima DM daripada beliau yang ingin memesan pes tersebut dalam kuantiti yang banyak.

Saya fikir, beliau mahu berikan kepada saudara mara, tetapi rupanya untuk dijadikan stok simpanan keluarga beliau sendiri,”

– Karl Shafek

Tambah Karl lagi, dia pernah menulis mesej sokongan daripada penyanyi tersohor itu terhadap produknya di laman Twitter.

Karl Shafek Terharu Siti Nurhaliza ‘Repeat’ Order Pes Kuah Kacang Khalish

“Saya bersyukur kerana produk ini menjadi kegemaran beliau. Selain itu, saya juga pernah memberi beliau merasa produk-produk lain, antaranya Tembosa Raja, Karipap Raja, Ikan Patin Masak Tempoyak serta koleksi sambal saya.

“Saya pernah menulis di Twitter tentang sokongan yang diberikan oleh beliau. Impaknya, stok jualan habis terjual sebelum dilancarkan di kedai Khalish Official Store di Shopee beberapa bulan lalu,”

– Karl Shafek

Setelah itu, produk jualannya itu habis terjual sebelum ia dilancarkan secara rasmi di kedai Khalish Official Store di Shopee beberapa bulan yang lalu.

“Jujurnya, saya berasa sangat terharu seorang figura hebat seperti Datuk Siti sentiasa membantu peniaga kecil seperti saya,”

– Karl Shafek

Apa yang penting, beliau sendiri yang membeli, bukan melalui orang tengah atau sebagainya.

Karl Shafek Terharu Siti Nurhaliza ‘Repeat’ Order Pes Kuah Kacang Khalish

“Saya pasti selain saya, ada ramai lagi peniaga yang terkesan dengan situasi pandemik telah mendapat sokongan artis nombor satu negara ini,”

– Karl Shafek

Untuk rekod, kedua-dua selebriti ini merupakan anak jati Pahang. Siti Nurhaliza berasal dari Lipis manakala Karl pula dari Pekan.

Mengakui berasa sangat terharu dengan sokongan yang diberikan Siti, Karl yakin ramai peniaga kecil di luar sana juga telah mendapat sokongan daripada artis nombor satu negara itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu & Mak Sedara Shuk Sahar Positif Covid-19, Kini Jalani Kuarantin di Pulau Pinang

Neelofa Hamil Ke Sebab Makin Berisi & Kerap Usap Perut, Netizen Perasan ‘Baby Bump’