in , , ,

LoveLove WinWin

Kesantunan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Beri Kritikan Sosial dalam Lagu TUJUH NASIHAT

Sudah hampir 25 tahun bergelumang dalam dunia seni, namun figura muzik tersohor Dato’ Sri Siti Nurhaliza masih kekal bertakhta di hati pencinta muzik di rantau ini. Kemampuan luarbiasa penyanyi ini dalam mendukung sesebuah lagu itu untuk pergi sejauh yang boleh tidak boleh dipersoalkan lagi.

Lihat sahajalah kejayaan lagu ‘Anta Permana’ nyanyiannya yang memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-34 yang lalu. Jika penyanyi seangkatannya sesekali muncul dengan karya terbaharu, tetapi tidak dengan penyanyi yang mesra disapa sebagai Datuk Siti. 

Walaupun sudah berada di puncak kerjaya, saban tahun Datuk Siti masih komited berkarya dan terus aktif mewarnai industri muzik Malaysia. Tidak hairanlah jika setiap karya dendangan penyanyi kesayangan anak watan ini selalu mendapat tempat di hati pendengar.  

Lirik Lagu TUJUH NASIHAT Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Datuk Siti yang baharu sahaja muncul dengan single ‘Terang’ pada November tahun lalu, kini bakal hadir pula dengan single terbaru berjudul “Tujuh Nasihat“.

Tujuh Nasihat merupakan ciptaan rapper, komposer dan penerbit yang semakin meningkat naik iaitu pasangan duo Kmy Kmo dan Luca Sickta yang turut membuat penampilan istimewa dalam lagu ini.

Kmy Kmo dan Luca Sickta yang memperjuangkan genre Hip Hop berkonsepkan ritma atas puisi, cukup dikenali dengan karya ciptaan yang sarat dengan tradisi kemelayuan dari segi bunyi dan bahasanya.

Bertunjangkan konsep yang sama, “Tujuh Nasihat” bukan sahaja berpaksikan kepada elemen muzik kemelayuan malah bait-bait katanya turut melambangkan kesantunan orang Melayu dalam memberi kritikan sosial menggunakan bahasa kiasan.

Menerusi “Tujuh Nasihat”, kolaborasi Datuk Siti bersama dengan rapper duo ini dilihat sangat bertepatan dan berpadanan kerana masing-masing mempunyai jati diri kemelayuan yang sangat tinggi dalam berkarya. 

“Tujuh Nasihat” merupakan kali kedua Datuk Siti berkolaborasi dengan penyanyi Hip Hop selepas kolaborasinya bersama kumpulan Too Phat pada tahun 2005 menerusi lagu  hits ‘Dua Dunia’. 

Sebagai artis senior, saya tidak mahu ketinggalan dengan peredaran muzik semasa. Peluang bergandingan dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta merupakan salah satu cara untuk saya mendekati peminat muzik dan pendengar yang lebih muda,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Tambahnya lagi, lagu “Tujuh Nasihat” merupakan sebuah karya istimewa kerana menggabungkan hip-hop, rap dan tradisional. Ini juga dapat menyuntik minat generasi muda menghayati gabungan irama yang digarap dengan begitu baik sekali. 

Single ini juga bertujuan untuk mengubat kerinduan para peminat Datuk Siti sebelum beliau muncul dengan album penuh pada bulan April nanti.

Single terbitan Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 20 FEBRUARI 2020

Lirik Lagu TUJUH NASIHAT Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Lirik Lagu TUJUH NASIHAT Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lirik Lagu TUJUH NASIHAT Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Primavera Lancar Koleksi Terbaharu Modern Craft