in , , ,

Neelofa Hamil Ke Sebab Makin Berisi & Kerap Usap Perut, Netizen Perasan ‘Baby Bump’

Kehadiran Neelofa Mohd Noor dan suami ke Kompleks Mahkamah Seremban, hari ini, telah mencuri tumpuan ramai terutama petugas dan kakitangan mahkamah serta orang ramai yang berurusan. Rata-rata pemerhati kata, Neelofa dah hamil walaupun tuan punya badan tak keluarkan statement apa-apa.

Gelagat Neelofa yang kerap memegang bahagian perutnya ketika berjalan bersama suami menimbulkan persoalan kalangan mereka yang memerhatikan gelagatnya itu seolah-olah ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan.

Neelofa kini dikatakan sedang berbadan dua namun pasangan itu sehingga kini belum membuka mulut mengenai perkara berkenaan.

Situasi itu menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga ada kalangan mereka yang mengucapkan tahniah jika perkara baik itu berlaku.

Neelofa Hamil

Neelofa yang berjalan dipimpin Muhammad Haris Mohd Ismail hadir di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dihadapi mereka sebelum ini.

Sering diajukan soalan sama ada sedang hamil, namun pasangan Neelofa dan Haris Ismail lebih senang menguncikan mulut dan meminta doa yang baik sahaja daripada semua.

Terdahulu, Noor Neelofa yang berjubah kelabu tiba di pekarangan kompleks berkenaan pada 8.40 pagi bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan gagal mematuhi SOP di sebuah kedai permaidani di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Kes berkenaan akan disebut semula di mahkamah sama pada 21 Oktober depan.

Daripada foto di perkarangan mahkamah berkenaan, dapat dilihat Neelofa mengusapkan perut dengan kerap sekaligus menguatkan lagi khabar angin yang bertiup sebelum ini.

Rata-rata peminat juga meluahkan rasa teruja dengan foto berkenaan selain membanjiri pasangan itu dengan ucapan tahniah selain berharap agar segala urusan mereka berjalan lancar.

Sama-sama kita doakan semoga dilancarkan segala urusan dan baik-baik sahaja buat mereka.

Neelofa Hamil

“Tiada Istilah Kayangan, Tiada Siapa Yang Melebihi Undang-Undang” – PU Riz

Hadir di Mahkamah Majistret Seremban semalam, pendakwah bebas Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz tiada istilah kayangan terhadap dia dan isterinya, Neelofa.

PU Riz berkata dia dan isteri sama seperti rakyat Malaysia lain dimana mereka juga perlu melalui proses mahkamah dan tidak melebihi undang-undang.

“Saya cuma nak cakap, tiada istilah kayangan. Tiada siapa yang melebihi undang undang. Kita hormati dan akur yang mahkamah tetapkan.

“Saya dan isteri juga melalui proses mahkamah sama seperti mana rakyat Malaysia lain. Insya-Allah, doakan kami,”

– PU Riz

Semalam, PU Riz dan Neelofa hadir di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, Mei lalu.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karl Shafek | 23

Karl Shafek Terharu Siti Nurhaliza ‘Repeat’ Order Pes Kuah Kacang Khalish

Caprice | 24

Caprice Akui Bisnes Merudum, Produk Tidak Terjual Sehingga Kerugian RM900,000