in ,

Ibu & Mak Sedara Shuk Sahar Positif Covid-19, Kini Jalani Kuarantin di Pulau Pinang

Pelawak Shuk Sahar berkongsi ibunya iaitu Faridah Che Wan disahkan positif Covid-19, sejak Ahad lalu. Sama-sama kita doakan semoga ibu Shuk kembali sihat semula. Amin.

Shuk berkata, selain ibu individu lain yang turut dijangkiti virus berbahaya itu ialah ibu saudaranya dan mereka kini menjalani kuarantin di Pusat Kecemerlangan Mara (MEC) di Jawi, Pulau Pinang.

“Ibu saya disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di pusat kuarantin Jawi, Pulau Pinang sejak Ahad lalu.

Dia perlu menjalani kuarantin di sana selama 10 hari. Alhamdulillah, bapa saya negatif  virus itu namun dia perlu menjalani kuarantin di rumah sebab kontak rapat.

“Selain ibu, makcik saya juga disahkan positif dan berada di lokasi kuarantin yang sama. Nasib baik juga ada makcik saya, dapatlah teman ibu. Ibu saya sudah berusia dan dia agak takut kalau seorang diri,”

– Shuk Sahar
Ibu, ibu saudara Shuk positif Covid-19

Sebelum ini, isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi berita sedih mengenai ibu mentuanya itu di laman Instagram Story.

Menurut pelawak berusia 35 tahun itu, dia  yang kebetulan berada di Pulau Pinang atas urusan kerja sempat melawat bapanya di rumah. 

“Tiga hari lalu, saya ada di Pulau Pinang kebetulan memang ada urusan kerja di sana. Sempat juga saya singgah bertemu dengan ayah. Tapi hanya melawat dia dari jauh. 

“Alhamdulillah, ibu saya tidak mengalami gejala yang teruk cuma pening kepala sahaja. Saya tak pasti bagaimana ibu boleh dijangkiti, tapi ada kemungkinan ibu berjangkit daripada makcik. 

“Sebab makcik memang tinggal bersama ibu bapa saya dan dia selalu keluar beli barang. Sebelum disahkan positif, ibu tak berapa sihat. Bila tak sihat, dia pergi hospital dan terus disahkan positif,”

– Shuk Sahar

Sama-sama kita doakan semoga ibu Shuk kembali sihat semula. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Almy Nadia Tertekan, Badan Fizz Fairuz Kurus Kering Sakit Misteri Lepas Balik Shooting

Karl Shafek Terharu Siti Nurhaliza ‘Repeat’ Order Pes Kuah Kacang Khalish