in ,

Kanak-kanak Malaysia Menerokai Angkasa Lepas di ELLIOTT FROM EARTH

Kanak-Kanak Malaysia Bertanya Soalan Mengenai Pengembaraan Masa Antara-Dimensi Dan Makhluk Asing Dalam ELLIOTT FROM EARTH – Kini Distrimkan Di HBO GO

Sekumpulan penonton cilik Malaysia baru sahaja menstrim Elliott From Earth, siri animasiCartoon Network di HBO GO dan sekarang mereka teruja mengajukan pelbagai soalan! Tonton video soal jawab yang mencuit hati dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan dari seluruh negara ini yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti berkebun dan geologi, perjalanan angkasa dan wormhole di angkasa lepas!

Kini distrimkan di HBO GO, Elliott From Earth adalah pengembaraan antara galaksi mengenai kehidupan di angkasa lepas yang jauh melangkaui bintang. Filem kartun ini memperkenalkan makhluk asing yang ramah, makhluk kosmik dan teknologi menakjubkan apabila Elliott dan ibunya Frankie menetap di Centrium bersama teman baik barunya, Mo, dinosaur yang hilang di angkasa dan kini menemui keluarga baharu.

ELLIOTT FROM EARTH

Bagi Elliott dan Frankie, setiap hari adalah pengembaraan baru ketika mereka berusaha menyesuaikan diri dengan rumah baru mereka, dan peminat Malaysia sudah tidak sabar untuk mengetahui dengan lebih lanjutnya tentang kehidupan dua beranak ini di angkasa lepas. Selami apa yang ingin diketahui oleh peminat cilik #ElliottFromEarth menerusi video-video Cartoon Network Asia Facebook dan HBO Asia YouTube.

Untuk menikmati lebih banyak cerita pengembaraan sains fiksyen dan perjalanan merentas angkasa dan masa yang mesra keluarga di HBO GO, jangan ketinggalan mengikuti Steven Universe. Dia mungkin hanya separuh manusia tetapi penjaga Crystal Gem beliau sentiasa berada di sisinya untuk memberi bimbingan dan nasihat apabila tiba masa untuk menyelamatkan dunia, dan kadang kala ia mengingatkan kita kepada kualiti terbaik manusia! Sementara itu, puaskan hati anda menonton drama dengan suntikan kuasa adiwira dalam Teen Titans Go! dan gerakan menghancurkan makhluk asing dalam Ben 10.

Untuk menikmati penstriman tanpa had buat seisi keluarga hari ini, muat turun aplikasi HBO GO di App Store atau Play Store dan dapatkan percubaan percuma, atau akses HBO GO melalui Astro di https://www.hbogoasia.com/. HBO GO tersedia di TV Android, TV Apple, TV LG dan TV Pintar Samsung – dan didatangkan dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

15 Orang Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Covid-19

Bonnie Hadiah Emas Pertama Di Paralimpik Tokyo, Ini Jumlah Wang Mungkin Diterima