in , ,

Bonnie Hadiah Emas Pertama Di Paralimpik Tokyo, Ini Jumlah Wang Mungkin Diterima

Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan khabar gembira apabila menjadi atlet pertama negara yang berjaya menyumbangkan emas di temasya Paralimpik Tokyo dalam acara powerlifting bagi kategori 72 kilogram (kg) hari ini.

Bonnie merangkul emas dengan angkatan terbaik 228 kg sekali gus memecahkan rekod temasya sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg yang dilakukan ketika di Rio de Janeiro.

Turun selaku pemegang rekod dunia, Bonnie mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 217, 225, 228 sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya pada angkatan 231kg gagal.

Bonnie Hadiah Emas Pertama Di Paralimpik Tokyo

BONNIE Bunyau Gustin (tengah) bergambar dengan atlet dari Mesir dan Great Britain, Attia Mahmoud (kiri) dan Yule Micky setelah berjaya meraih pingat emas pertama negara bagi kategori 72 kg pada

Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum. FOTO Bernama

BONNIE Bunyau Gustin (tengah) bergambar dengan atlet dari Mesir dan Great Britain, Attia Mahmoud (kiri) dan Yule Micky setelah berjaya meraih pingat emas pertama negara bagi kategori 72 kg pada

Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum. FOTO Bernama

Perak milik atlet dari Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191 kg manakala gangsa dimenangi Micky Yule, Great Britain, 182 kg.Atlet berusia 22 itu sebelum ini meraih emas di Piala Dunia Para Powerlifting

Fazza Ke-11 di Dubai dalam kategori senior lelaki berat melebihi 72 kg.

Dia memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Bonnie Bakal Bergelar Jutawan

ATLET para negara, Bonnie Bunyau Gustin akan menerima habuan RM1 juta selepas memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menerusi acara powerlifting kategori bawah 72 kilogram (kg).

Pada aksi yang berlangsung di Tokyo International Forum itu, Bonnie melakukan angkatan dengan bebanan seberat 228kg, sekali gus mencipta rekod baharu temasya tersebut.

Justeru, berdasarkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) sedia ada, atlet yang berjaya meraih pingat emas akan menerima RM1 juta, RM300,000 perak dan RM100,000 gangsa sejak 2012.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, ganjaran yang akan diterima setiap pemenang pingat masih sama seperti edisi sebelum ini.

“Ya, ganjaran yang akan diterima Bonnie sebagai pemenang pingat emas masih sama seperti edisi Rio sebelum ini, iaitu RM1 juta. Bagaimanapun, kali ini ada sedikit penambahan daripada penaja.

“Oleh itu, setiap pemenang pingat akan menerima ganjaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) serta pihak kerajaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media secara maya semalam.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau akan berbincang dengan pihak kerajaan berhubung ganjaran kepada setiap pemenang.

“Apa yang saya sering sebutkan, amat penting untuk kerajaan fikirkan langkah untuk mantapkan kebolehan atlet serta bagaimana mahu pastikan kehidupan mereka lebih terjamin selepas karier tamat.

“Saya akan berbincang dengan kementerian dan kerajaan untuk berikan ganjaran yang baik kepada atlet yang mengharumkan nama negara. InsyaAllah ada ganjaran itu dan kita akan umumkan kemudian,” ujarnya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kanak-kanak Malaysia Menerokai Angkasa Lepas di ELLIOTT FROM EARTH

Fazli Zainal Keluar Hospital Selepas Hampir Sebulan Bertarung Melawan Covid-19