in , ,

Bergambar dengan Baju Raya Sedondon, Kamal Adli Sunting Foto Uqasha Senrose di IG

Pasangan selebriti sejoli dan sepadan, Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini sering sahaja meraih perhatian ramai. Bakal disatukan tidak lama lagi, kedua-dua pelakon ini didoakan supaya cepat bernikah dan berbahagia bersama.

Biarpun begitu, raya tahun ini kedua-dua pelakon berbakat ini masih tidak dapat beraya bersama lagi. Ini adalah disebabkan PKP kali ini yang tidak membenarkan sebarang aktiviti ziarah di kediaman lain sepanjang hari raya ini.

KAMAL ADLI

Disebabkan itu Kamal Adli sunting foto Uqasha Senrose sebagai beraya bersama. Dalam perkongsian foto yang dimuat naik oleh pelakon lelaki itu kelihatan foto Uqasha ‘ditampal’ di sebelah Kamal Adli.

Biarpun mereka berpakaian sedondon, namun cara suntingannya itu memang buat kantoi habis! Berikut adalah perkongsian Kamal Adli sunting foto Uqasha beraya bersama itu:

KAMAL ADLI

Kapsyen Kamal Adli pun boleh tahan! Perkongsian Kamal Adli sunting foto tersebut telah meraih lebih 70 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dengan foto suntingan ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramlah Ram Tidak Risau Soal Jodoh, Akui Cepat Rimas

Tahniah! Hacker Malaysia Diangkat Jadi ‘Wira’ Selepas Godam Pangkalan Data Israel