in , ,

Pertama Kali Digandingkan dalam Drama, Noorkhiriah Dedah Cerita Mira Filzah

Mendengar nama pelakon Noorkhiriah, pasti teringat lagi akan satu adegan daripada drama Nur yang menunjukkan dia tidak mengenal sup bunjut yang digunakan dalam masakan.

Adegan melucukan itu pernah menjadi bualan ramai ketika drama berkenaan masih ditayangkan di kaca televisyen.

Pada 3 Disember 2020, pelakon tersebut telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya dengan menunjukkan gambarnya bersama pelakon Mira Filzah.

Pertama Kali Digandingkan dalam Drama, Noorkhiriah Dedah Cerita Mira Filzah

Foto tersebut memperlihatkan kedua-kedua pelakon ini kelihatan manis dan comel je.

Melalui caption, Noorkhiriah memuji wajah cantik yang dimiliki Mira Filzah serta mengagumi budi bahasa yang dituturkan pelakon itu:-

“Pandang tak jemu..cantik budi bahasa, lembut tutur kata, teratur aje ayat-ayat yang keluar dari mulut… comel sangat,”

– Noorkhiriah

Pujian yang diberikan ini menunjukkan bahawa pelakon lain juga menyenangi Mira Filzah yang lembut dalam berkata-kata.

Namun Noorkhiriah pun apa kurangnya, beliau selalu berkongsi perkara baik di Instagram yang boleh dicontohi ramai.

Dua-dua pun hebat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dalam Akaun Bank Hanya Ada RM500, Siti Sarah Dedah Pernah Hidup Susah Dengan Shuib

Rancangan ‘Ballz Talk’ Bakal Dedah Rahsia Kehidupan & Peribadi Artis Tanah Air