in ,

Rancangan ‘Ballz Talk’ Bakal Dedah Rahsia Kehidupan & Peribadi Artis Tanah Air

Dikhabarkan antara yang mencuri perhatian adalah sewaktu rakaman episod yang menampilkan pelakon kontroversi Iqram Dinzly selaku tetamu undangan yang turut membawa kek hasil air tangan sendiri sebagai buah tangan untuk dikongsikan dengan semua tenaga kerja yang terlibat.

Sebuah program baharu berkonsepkan bual bicara yang menjurus tentang keperibadian selebriti berjudul ‘Ballz Talk’ bakal ditayangkan secara eksklusif menerusi platform perkongsian video global terkemuka, YouTube sekaligus mencetuskan fenomenanya tersendiri. Konsep sebegini biasanya akan menggamit perhatian penonton kerana ada kisah-kisah dan rahsia yang belum diberitahu kepada peminat tentang cerita dalam kain artis.

Produksi D’Alphalegacy memperkenalkan pasangan pengacara Elly Arifin dan Iman Zulkarnain serta bakal menampilkan empat selebriti tanah air sebagai tetamu undangan iaitu Zizan Razak, Iqram Dinzly, Farah Ahmad serta Armada Ammar atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan.

Kongsi Kisah Peribadi 

Program ini juga turut mendapat sentuhan kreatif sutradara Opie Zami yang merupakan pengarah untuk musim ini. Lebih istimewa, sesi temubual eksklusif yang bersifat up close & personal menerusi program ‘Ballz Talk’ ini juga akan mengetengahkan pelbagai perkongsian penuh emosi dan pengalaman peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan kepada masyarakat umum sebelum ini.

Rancangan 'Ballz Talk' Bakal Dedah Rahsia Kehidupan &Amp; Peribadi Artis Tanah Air

Rakaman program ‘Ballz Talk’ akan berdurasi selama 20 minit menerusi paparan empat buah episod dan boleh mula distrim secara eksklusif di saluran YouTube ‘D’Alphalegacy’ pada setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam mulai malam ini, 4 Disember 2020.

Diyana Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif D’ Alphalegacy (M) Sdn. Bhd menerusi kenyataan media berkata:

“Dalam usaha meluaskan lagi testimoni D’Alphalegacy sebagai ‘content creator’ di landskap media baharu dan digital, kami dengan berbesar hati membawakan perkongsian ‘up close & personal’ selebriti-selebriti tanah air menerusi program eksklusif ‘Ballz Talk”

“Sejujurnya, menghasilkan karya digital bukanlah perkara mudah seperti yang disangka kerana ia menuntut kemahiran naratif penceritaan yang kreatif agar kandungan tersebut mempunyai jalan cerita yang boleh diterima secara global oleh peminat seni hiburan,”

– Diyana Ismail
Rancangan 'Ballz Talk' Bakal Dedah Rahsia Kehidupan &Amp; Peribadi Artis Tanah Air

Dihujani Soalan Cepumas, Iqram Sebak Menangis 

Dikhabarkan antara yang mencuri perhatian adalah sewaktu rakaman episod yang menampilkan pelakon kontroversi Iqram Dinzly selaku tetamu undangan yang turut membawa kek hasil air tangan sendiri sebagai buah tangan untuk dikongsikan dengan semua tenaga kerja yang terlibat.

Rakaman episod tersebut juga turut mencetuskan emosi kepada semua apabila Iqram tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kerana terkesan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh hos berhubung perjalanan kisah hidupnya serta kecaman netizen dan masyarakat sekeliling.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Filzah | 23

Pertama Kali Digandingkan dalam Drama, Noorkhiriah Dedah Cerita Mira Filzah

Mira Filzah 1 | 24

Tahniah! Neelofa & Mira Filzah Duduki Tangga Teratas 1,000 Top Selebriti Media Sosial