in , ,

Kaka Azraff & Daniesh Suffian Kini Berganding Hasilkan ‘Karya’ Baharu! 

Lagu bergenre pop ini menceritakan tentang perasaan seseorang yang telah menemui pilihan hati yang tepat dan keterujaannya untuk memberitahu perasaan itu kepada seluruh dunia.

Terbaharu, gandingan dua penyanyi yang berjaya menempa nama dalam dunia muzik, Kaka Azraff dan Daniesh Suffian menerusi lagu ‘Karya’ yang turut menjadi lagu runut bunyi Tonton Original Series: Kuih Muah, telah menarik perhatian ramai dan menerima sambutan hangat daripada para peminat. 

‘Karya’ merupakan lagu ciptaan sepenuhnya daripada Omar K dan Dari. Lagu bergenre pop ini menceritakan tentang perasaan seseorang yang telah menemui pilihan hati yang tepat dan keterujaannya untuk memberitahu perasaan itu kepada seluruh dunia.

DanieshSuffianKakaAzraff_Karya_Poster

Ini merupakan kerjasama pertama antara Kaka Azraff dan Alternate Records dan membuatnya rasa teruja untuk menghasilkan lagu yang berunsur lebih romantis daripada lagu-lagu yang biasa dibawakan beliau. “Kaka teruja dan berdebar apabila mahu memperdengarkan lagu ini kepada peminat. Saya rasa lagu ini sangat menarik kerana ini merupakan kali pertama Kaka membawakan lagu yang lebih romantis, berlainan dari kebiasaan dan imej saya. Lagu ini juga duet pertama bersama Daniesh yang mempunyai suara penuh dengan karakter sendiri. Saya harap pendengar suka dan terus mendengarkan lagu ini di platform-platform muzik.”

Daniesh Suffian, seorang penyanyi dan penggubah lagu mula dikenali ramai dengan cover lagu di media sosial dan pernah menyertai beberapa program realiti nyanyian seperti Vokal Mania dan Immortal Songs di TV3. Daniesh sentiasa mengintai peluang untuk membina kerjaya muzik dengan percubaan genre lagu yang berbeza. 

“Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kaka Azraff kerana Kaka memberikan olahan lagu yang unik dan segar dalam industri muzik kita dengan intonasi dan karakter suaranya yang berbeza. Bagi saya, keunikan suara Kaka memberi impak yang berlainan terhadap lagu dan keseluruhan mesej yang ingin disampaikan. Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini dengan baik,”kongsi Daniesh. 

Mari dengarkan gandingan hebat dua penyanyi ini, Kaka Azraff dan Daniesh Suffian dalam lagu terbaharu mereka ‘Karya’. Anda boleh memuat turun lagu Karya di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Turut disertakan lirik lagu Karya:

Verse 1
Tersusun kata di hati ku
Serangkap karya coretan tulus
Terungkap kata dalam lagu
Irama dan melodi untuk mu

Pre-Chorus
Bukan hanya metafora  
rasa ku pada mu

Perasaan seumpama
telah dibelenggu

Chorus
Aku tak mampu
Sembunyikan lagi cinta ini 

Biarlah dunia tahu

Aku tak mahu
Teruskan hidup berlari lagi
Tanpa diri kamu

Verse 2
Petikan gitar menemani
Di saat kau tiada di sini

Rentak nadiku panduan mu
Untuk kau kembali kepada ku

Repeat Pre & Chorus

Bridge
Kisah kita
Tak sempurna
Tanpa cinta
Yang selamanya ada,
Melengkapi, karya ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Rai Penerbangan Tambang Tetap Pertama Sempena Hari Raya

Samsung Galaxy A55 & A35 5G Dilengkapi dengan Sekuriti Knox Yang Hebat