in , ,

Pertemuan Pertama Aina Abdul & Daniesh Suffian Penuh Dengan Warna Warni!

Pertemuan pertama Aina Abdul dan Daniesh Suffian tahun ini penuh dengan “Warna Warni” apabila berjaya menghasilkan single pertama mereka.

Single “Warna Warni”, gandingan mantap antara naib juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) dan penyanyi serta pelakon baharu Daniesh Suffian ini merupakan usahasama antara MonkeyBone dan platform penstriman filem, tonton CINEMA. Lagu ini telahpun mula kedengaran sejak minggu lalu pada 18 Jun 2021. 

Lagu Single “Warna Warni” ini merupakan hasil ciptaan tiga komposer dan penulis lirik terkenal dan berpengalaman iaitu Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh. Lagu ini pastinya menjadi hit kerana didendangkan oleh dua penyanyi yang masing-masing mempunyai ribuan peminat terutamanya sokongan daripada pengikut Instagram Aina Abdul yang mencapai lebih 370 ribu pengikut. Begitu juga dengan Daniesh Suffian yang saban hari bertambah pengikut sehingga mencecah lebih 90 ribu pengikut. 

Aina Abdul &Amp; Daniesh Suffian

Aina Abdul merupakan penyanyi berpengalaman dan juga penulis lirik. Beliau telah merangkul pelbagai anugerah. Antaranya Naib Juara AJL35 dengan lagu Semalam, Juara Idol Vokal Mania (2020), Naib Juara Mentor Legend (2014), Juara Grand Senior Vocalist Championship of The World Category di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood (2014) dan mengeluarkan single Ini Yang Kau Mahu (2015), Ribut Hati – OST Tombiruo (2017), Reminiscing (2017), Shadow (2018) dan Sumpah (2019).

Begitu juga dengan Daniesh yang berasal dari Tawau, Sabah ini. Beliau yang terkenal dengan lagu Terabadi ” dan “Pilihlah Aku” ini juga merupakan pelakon dalam slot Lestary: Romantika 4 Hari 3 Malam.

Sepanjang karier bergelar selebriti, beliau juga merupakan peserta Vokal Mania (2020), peserta Immortal Songs Malaysia (2020) dan baharu mengeluarkan single berjudul “Mahligai”. 

“Warna Warni” merupakan lagu genre pop dan membawa tema cinta. Lagu ini sememangnya menarik didengar apatah lagi dengan suara Aina yang mampu mencapai nota tinggi, ditambahkan pula dengan suara merdu Daniesh Suffian.

Single “Warna Warni” edaran MonkeyBone ini telah dilancarkan di semua platform digital serentak pada 18 Jun 2021. Lirik muzik video Warna – Warni juga kini sudah boleh di tonton di laman YouTube MonkeyBone, layari https://www.youtube.com/watch?v=LBhM7KRGMGE . Selain itu, boleh juga didengarkan di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music and iTunes.

Aina Abdul &Amp; Daniesh Suffian

Tajuk : WARNA WANI

Penyanyi : Aina Abdul & Daniesh Suffian

Komposer / Lirik : Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh

Daniesh:

Wajah mempesona

Membuat ku tertarik

Menarik ku untuk menggoda dirimu

Aina:

Gelak tawa mu

Sepertinya diri ini semakin 

Sukakan kamu

Daniesh:

Oh Oh Oh

Semakin hebat rasa ingin bercinta

Aina:

Oh Oh Oh 

Seakan cinta ini luar biasa

Together:

Oh Oh Oh

Pegang lah tangan ini ikut ku menari shalala

Aku suka kamu

Daniesh:

Warna warni 

Cinta ku umpama mimpi

Jadi terbukti 

Watak utama mu

Together:

Warna Warni 

Lihat ku di malam ini 

Jadikan aku 

Hidup bagai movie

Aina:

Warna warni 

Cinta ku umpama mimpi

Jadi terbukti 

Watak utama mu 

Together:

Warna Warni 

Lihat ku di malam ini 

Jadikan aku 

Hidup bagai movie

Sha la la 

Hidup Bagai Movie

Sha la la 

Hidup Bagai Movie

Repeat Chorus

Together:

Warna warni 

Cinta ku umpama mimpi

Jadi terbukti 

Watak utama mu 

Warna Warni 

Lihat ku di malam ini 

Jadikan aku 

Hidup bagai movie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dolla | 20

The Giving Bank & Dolla Bergabung dalam Projek LIVE TO GIVE, Bekerjasama Demi Masyarakat

Nevertheless | 21

5 Reasons Why New K-Drama NEVERTHELESS Will Make You Swoon