in , ,

Daniesh Suffian Lancar Single Terbaharu Berjudul SERPIHAN Berkonsepkan Pop Balada

Selepas kejayaan lagu Mahligai, Daniesh Suffian kembali dengan single terbarunya iaitu Serpihan yang berkonsepkan Pop Balada.

Serpihan mendapat sentuhan magis oleh Daniesh Suffian sendiri dan lirik juga turut diilhamkan oleh Firdaus Rahmat. Yang membuatkan lagu ini lebih menarik, strings orchestra dimainkan khas oleh AV Orchestra dari Jakarta, Indonesia yang sebelum ini berkerjasama dengan komposer terkenal, Erwin Gutawa.

Dalam karier Daniesh Suffian, beliau juga telah mengambil bahagian dalam beberapa program televisyen seperti Immortal Songs Malaysia (2020) , Rookie dalam Vokal Mania (2020) dan buat pertama kalinya membintangi drama bersiri Romantika 4 Hari 3 malam, memegang watak sebagai Baim. 

Daniesh Suffian

Serpihan mengisahkan tentang seseorang lelaki yang mencuba sedaya upaya untuk meluahkan perasaan sayang pada wanita yang difikirkan terlalu cantik untuk dirinya dan telah dianggap sebagai hanya kawan selama kenalan mereka.

Menurut Daniesh, “lagu Serpihan terdapat Korean vibe kerana saya amat meminati drama love story seperti Descendants of The Sun dan The Heirs. Daripada situ, saya mendapat ilham untuk menghasilkan lagu Serpihan”. 

Lagu Serpihan ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, JOOX dan lain-lain pada 22 Oktober 2021 manakala musik video pula di saluran Youtube World Peace Entertainment jam 8 .00 malam pada hari yang sama. 

Daniesh Suffian

Lirik Lagu Daniesh Suffian – Serpihan 

Composer: Daniesh Suffian (World Peace Entertainment)
Lyrics: Daniesh Suffian (World Peace Entertainment), Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment) Producer: Firdaus Rahmat & Omar K
Arranger: Firdaus Rahmat
Vocal Recorded by Daniesh Suffian in DS Studio
Backing Vocals by Firdaus Rahmat & Daniesh Suffian
Piano by Omar K
Guitar by John Jeeves
Strings Recorded by Av Orchestra in Jakarta, Indonesia
Mixing & Mastering: John Jeeves 

Verse 

Ku bermimpi sebelum ini,
membayangkan diri
aku denganmu
Tatap wajahmu indah bagai bidadari syurga Kini, semuanya terjadi 

Chorus 

Hanya kamu yang ku mahu bersama Kemana dimanapun ku berada Karna kamu yang menyinari cintanya 

And if i stare
all of the stars at the night sky
Any kind of beauty that i could fantasize
Oh i want you to know you have that in your eyes 

Verse 2 

Chorus 

Ku bayangkan kau penuhi bulan di pagari bintang Dari kegelapan
Tatap wajahmu indah bagai bidadari syurga
Kini, kau lah separuh nadi 

Hanya kamu yang ku mahu bersama Kemana dimanapun ku berada Karna kamu yang menyinari cintanya 

And if i stare
all of the stars at the night sky
Any kind of beauty that i could fantasize
All i want you to know you have that in your eyes 

Bridge 

Jika kau merasa serpihan cintaku, Kau kan sadari betapa besarnya cintaku.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Airpods Max Hiasan | 15

Kumpulan Hiphop FORCEPARKBOIS Kini Muncul Dengan SHEESSH FLOW

Syafie Naswip | 16

Sajian Program Istimewa di TV3 Bersempena Dengan Sambutan Maulidur Rasul