in ,

Jom Kenali Jurulatih Kecergasan Datuk Seri Aliff Syukri

Saban hari berkongsi semangat dan keinginan untuk jadi sado di laman Instagram, bukan saja jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang sering menjadi topik perbualan, sebaliknya jurulatih kecergasannya dari Egypt, Amir Mamdouh juga turut terpalit menjadi perhatian.

Selain raut wajahnya yang kacak, lelaki Timur Tengah berbadan sado itu juga mempunyai pesona tersendiri. Berusia 31 tahun, Amir berpengalaman selama tujuh tahun sebagai jurulatih kecergasan bertauliah selain aktif menyertai pertandingan bina badan beberapa tahun sebelum ini.

Datuk Seri Aliff Syukri.

Bagaimanapun bagi yang sudah jatuh hati dan atau mungkin terpesona dengannya, Amir sudah pun berkahwin dengan wanita dari Malaysia sejak tahun 2012.

Fokusnya kini mencari rezeki dengan menjadi jurulatih kecergasan atau trainer bagi sesiapa yang berminat.

Ditanya pengalaman melatih jutawan kosmetik yang penuh kontroversi itu, Amir atau nama penuhnya Amir Mamdouh Hussein Eissa menjelaskan ia satu pengalaman yang menyeronokkan.

“Beliau sangat baik hati dan pemurah orangnya. Paling penting seperti mana kita lihat sisinya di laman Instagram, begitulah hakikatnya. Dia seorang yang sangat melucukan. Saya enjoy melatihnya di kediaman beliau sejak lebih sebulan lalu.

“Cuma kami seperti ayam dan itik kerana berdepan masalah komunikasi. Saya walaupun sudah lebih tujuh tahun, memang belum mahir bercakap bahasa Melayu. Beliau pula tidaklah fasih berbahasa Inggeris. Tapi semua itu bukan penghalang untuk saya dan dirinya memenuhi tanggungjawab serta misi masing-masing.

“Pendek kata, dia sangat menyenangkan. Saya sendiri ada kalanya tak tahan menahan gelak kerana sikap humornya,”

– Amir

Bergelar jurulatih kecergasan bagi Amir bukanlah kerja yang mudah. Katanya, setiap klien yang datang kepadanya mahu mendapatkan hasil yang terbaik selepas melaburkan sejumlah wang.

“Saya mencari rezeki dalam bidang ini dan selesa jujur dan amanah dalam kepercayaan yang diberikan.

Pada akhirnya kerja keras dan semangat untuk capai sesuatu yang diingini itu akan jadi ukuran. Ia situasi menang-menang.

Disiplin diri klien termasuk terhadap tahap dan situasi badannya juga amat penting untuk mencapai matlamat diingini. 

“Plan diet yang betul, rutin senaman dan mengesyorkan suplemen yang terbaik juga menjadi tugas penting saya. Waktu tidur juga kena cukup dan jangan dipandang sambil lewa. Kita memerlukan rehat yang secukupnya. 

“Saya akan merancang rutin senaman dan diet yang betul sesuai dengan tahap badan klien. Selepas 10 ke 15 hari juga saya akan memeriksa progress klien,”

– Amir
Datuk Seri Aliff Syukri.

Amir menambah dia menawarkan khidmat penurunan berat badan, pembinaan otot badan, body toning, lean muscle, persediaan untuk menyertai pertandingan membina badan selain perancangan diet serta suplemen.

“Saya melatih secara one to one. Untuk memudahkan klien, saya boleh ke rumah mereka. Atau sebagai pilihan boleh berlatih dengan saya di gim pilihan. Saya juga melatih secara dalam talian (online).

“Bab harga, saya menawarkan khidmat yang setimpal dengan apa yang ditawarkan,”

– Amir

10 Info Mengenai Amir Mamdouh

1) Berusia 31 tahun
2) mula berjinak jinak dengan dunia kecergasan sejak usia 17 tahun
3) Tarikh lahir 27 Mei 1988
4) Sudah lebih tujuh tahun menceburi bidang kecergasan dan bina badan
5) Datang ke Malaysia pada Januari 2012. Sebulan selepas itu bertemu jodoh dan berkawhwin dengan wanita Malaysia. 
6) Pernah berlatih dengan atlet bina badan profesional dari Beirut, Lebanon, Ahmad Haidar dan Attia Shaalan( dari Egypt)
7) Terkini diberi tanggungjawab menjadi jurulatih kecergasan Datuk Seri Aliff Syukri
9) Mahu mendapatkan khidmatnya, boleh dihubungi di talian 011-36249906
10) Beruntung kerana isterinya hampir setiap hari menyiap dan menyediakan makanan sihat untuknya mengekalkan bentuk badan.

Follow: Instagram: @amirelswahly

Datuk Seri Aliff Syukri.
Datuk Seri Aliff Syukri.
Datuk Seri Aliff Syukri.
Datuk Seri Aliff Syukri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nina Iskandar | 23

Nina Iskandar Hamil Anak Sulung

Aqasha | 24

Sinopsis Drama TV3 HILANG YANG KEMBALI