in , , ,

Sinopsis Drama TV3 HILANG YANG KEMBALI

Tonton drama HILANG YANG KEMBALI di TV3, Slot Samarinda, Setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam.

Sudah lama tidak mendengar cerita mengenai Aqasha. Dengar cerita baru-baru ini, Aqasha telah mungkir janji pada Emelda Rosmila sehingga membuatkan pelakon wanita itu tertekan. Apa agaknya janji yang telah dimungkiri oleh Aqasha ya? Anda semua perlu menonton drama terbaharu di slot Samarinda iaitu Hilang Yang Kembali yang telahpun mula bersiaran pada 20 Ogos lalu.

HilangYangKembali_printAD(FINAL)

Selain Aqasha, dan Emelda Rosmila, Hilang Yang Kembali turut membariskan pelakon lain seperti Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz,  Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam Darwish , Syed Muhammad  Irfan, Nur Auni Zahra dan Muhd Ameer Imran.

Hilang Yang Kembali mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Farra (Emelda Rosmila) dan suaminya Razif (Aqasha) bercuti di sebuah pulau bersama  anak mereka Danial  yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan. 

HYK 05

Puas mereka mencari Danial tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Farra membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Farra berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah  Razif berjanji yang dia akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

Sebulan kemudian, Farra yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang juga tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Farra dan Razif. Farra seolah berdendam dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Farra bertambah tertekan. Jauh di sudut hati,  Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

HYK 26

Suatu hari, Farra dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial (Nafiz Muaz), anak mereka yang hilang dahulu. Farra ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Farra yakin pemuda itu adalah anaknya.

Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menujukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. . Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya? Misteri bakal terungkai dan pastikan anda tonton drama  arahan Amor Rizan, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3. 

HYK 23

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Kenali Jurulatih Kecergasan Datuk Seri Aliff Syukri

airasia

AirAsia Foundation Lancar Pusat Perusahaan Sosial Destination di Kuala Lumpur