in ,

Jumlah Subcriber di Saluran Youtube Budiey Channel Kini Cecah 200,000

Syukur, alhamdulilah. Setelah lebih 10 tahun bertungkus lumus menyediakan video dan kandungan di saluran Youtube Budiey Channel, hari ini Budiey mendapat tahu yang saluran ini telah mendapat langganan dari lebih 200,000 subscribers! Yeay!

Pada hari ini, 22 April 2019, saluran Youtube Budiey Channel telah pun mencecah 200,000 subscribers. Terima kasih buat semua yang sudi jadi subscriber dan menonton video yang diterbitkan di saluran ini.

KLIK: https://www.youtube.com/budieychannel

Youtube Budiey

Teruskan melanggani saluran Youtube ini dan jangan lupa untuk tekan butang ‘loceng’ menandakan notifikasi akan dihantar terus kepada anda sebaik sahaja video disiarkan. Ini akan membuatkan anda takkan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan serta apa yang terkini di saluran Budiey Channel.

Budiey berjanji untuk memberikan yang terbaik untuk anda semua.

Terima kasih atas sokongan anda yang selama ini tak putus-putus. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik anda semua!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syafiq Kyle Berjaya Julang Tiga Trofi di Anugerah MeleTop Era 2019

Khai Bahar & Siti Nordiana Ungguli Takhta Kategori Top Top Meletop Lelaki & Wanita di AME 2019