in ,

JOOX Melancarkan Fitur Interaktif Sosial Terbaharu ROOMS

JOOX terus meningkatkan fitur hiburannya ke tahap yang lebih inovatif dan interaktif dengan pelancaran “ROOMS”, dimana ianya membolehkan lebih banyak interaksi sosial sesama pengguna.

JOOX melancarkan fitur interaktif sosial terbaharu, “ROOMS” yang membolehkan pengguna bersembang berkumpulan secara langsung melalui audio ataupun video, bermain permainan dan juga berkongsi muzik pada masa yang sama

Di bawah norma baharu yang disebabkan oleh pandemik covid-19 pada masa ini, seluruh warganegara tidak berpeluang untuk meluangkan masa bersama rakan ataupun keluarga secara langsung. Oleh kerana itu, ramai orang mencari hiburan alternatif di rumah masing-masing. Untuk menambahkan interaksi sosial dan elemen yang lebih menyeronokkan ke dalam aktiviti di dalam talian, JOOX sebagai platform penstriman muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, melancarkan JOOX “ROOMS” – fitur interaktif terkini yang pasti akan menarik perhatian pengguna JOOX kerana ianya membolehkan pengguna JOOX meluangkan masa lapang mereka dengan berbual dan berkongsi muzik yang mereka gemari dengan rakan dan keluarga mereka.

Joox

Fitur JOOX “ROOMS” yang interaktif dan inovatif ini membolehkan pengguna menikmati masa terluang dengan perbualan di ruang sembang melalui audio ataupun video secara langsung di dalam, yang membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan, keluarga, ataupun pengguna JOOX yang lain. Dengan wujudnya fitur ini, pengguna boleh memilih untuk menjadi tuan rumah atau masuk ke ruang sembang yang mereka minati dimana setiap ruang sembang boleh disertai sehingga 27 orang melalui audio ataupun video dalam satu masa yang sama. 

Ingin menikmati pelbagai hiburan menarik? Anda boleh mengakses pustaka JOOX yang menyediakan lebih daripada 40 juta muzik dari seluruh dunia, dimana anda boleh memilih dan memainkan lagu kegemaran anda ataupun kongsikannya bersama pengguna lain JOOX di fitur “ROOMS”! Bukan itu sahaja, anda juga boleh berbual melalui ruangan Chat jika anda tidak mahu menggunakan audio atau video, ataupun anda boleh memulakan ruang sembang peribadi yang hanya boleh dimasuki oleh oleh pengguna yang dijemput oleh tuan rumah itu sendiri! Mainkan permainan “Truth or Dare” atau bernyanyi karaoke untuk menciptakan lingkaran sosial anda yang lebih aktif – gunakan kreativiti anda untuk terokai lebih banyak lagi!

Poshu Yeung, Senior Vice President of JOOX, menyatakan, “JOOX menjunjung tinggi nilai – nilai yang menjaga hubungan erat dengan rakan atau keluarga terutamanya di masa norma baharu yang disebabkan oleh wabak covid-19. Oleh kerana itu, kami di JOOX sangat teruja dengan pelancaran fitur terkini JOOX “ROOMS”, yang membolehkan pengguna berjumpa dan mengekalkan hubungan rapat mereka bersama rakan dan keluarga sambil menikmati muzik yang mereka gemari, dimana semuanya dapat dilakukan di platform JOOX. Fitur terbaru ini sudah sepastinya akan sangat mengujakan pengguna JOOX. “

Nikmati fitur terkini JOOX “ROOMS” yang inovatif dan interaktif sekarang!

Anda bukan sahaja dapat berinteraksi dan bersosial dengan rakan sambil menikmati lagu-lagu artis kegemaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja, tetapi anda juga dapat mengakses lebih banyak lagi fitur dan tawaran menarik JOOX yang tiada tandingan! Jangan ketinggalan! Muat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX di Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website now.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azman Idris | 23

Penyanyi Zaman 80-an, Azman Idris Meninggal Dunia

Mark Adam 2019 | 24

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem JANGAN TAKUT: KAU TAKUT… AKU PUN TAKUT