in

Penyanyi Zaman 80-an, Azman Idris Meninggal Dunia

Salam takziah dan sama-sama kita sedekahkan Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempatkan dikalangan org beriman aminnn

Penyanyi era 1980-an, Azman Idris, 61, yang menghidap barah prostat tahap empat sejak 2017 dan penyakit buah pinggang kronik, disahkan meninggal dunia di rumahnya di sini, pada jam 2.15 pagi, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh penyanyi Afee U-topia dan adik Allahyarham, Shah Amirudin Idris serta beberapa penggiat seni lain menerusi Facebook.

Kesihatan penyanyi lagu Zuraidah ini mula merosot selepas menjalani pembedahan kecil memasang semula tiub di bahagian pinggangnya yang tertanggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 21 Jun lalu.

Penyanyi Zaman 80-An, Azman Idris Meninggal Dunia

Isterinya, Madinah Abu Bakar berkata, keadaan Allahyarham Azman terlalu lemah sehingga sukar bercakap dan tidak mampu menelan makanan dan minuman yang disuap.

Ia berbeza ketika dimasukkan ke HKL pada 17 Jun di mana Allahyarham suaminya masih bertenaga, mampu makan dan bercakap seperti biasa.

Terdahulu Harian Metro pada 2017 melaporkan Azman disahkan menghidap kanser prostat tahap empat. 

Kesihatannya semakin merosot sejak lima bulan lalu menyebabkan dia hanya terbaring sekal igus menyebabkan proses kimoterapi dan dialisis tidak dapat dijalankan untuk merawat kedua-dua penyakitnya itu.

Sebaliknya, doktor hanya memberi ubat penahan sakit serta ubat-ubatan lain di samping menjalani pemantauan dari rumah dengan bantuan sebuah NGO, Kasih Hospice Care.

Hasil perkahwinan dengan Madinah, Azman dikurniakan enam anak. Allahyarham juga mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu.

Sepanjang kariernya, Azman menghasilkan tiga album solo iaitu Zuraidah, Dilamun Rindu dan Kembali serta album Akan Ku Bahagiakan Hidupmu bersama Kumpulan Angka (Digital).

Bagaimanapun satu-satunya lagu menjulang nama Azman adalah Zuraidah yang pernah bersaing dengan lagu Rindu Bayangan (Carefree) mengungguli rancangan carta lagu popular di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sri Bangkong, Jalan Kuching, hari ini.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarina Anjoulie | 23

“Aku Pun Ada Silap,” Zarina Anjoulie Umum Sudah Berdamai Dengan Kak Mel

Iman Troye 2021 | 24

JOOX Melancarkan Fitur Interaktif Sosial Terbaharu ROOMS