in , ,

Sebab Mengapa Johan As’ari & Lana Nordin Putus Cinta

Berita terhangat di pagi libur Hari Natal, di mana Berita Harian hari ini menyiarkan berita Johan As’ari dan Lana Nordin Putus Cinta. Berita ini mungkin ‘yeay’ bagi sesiapa yang meluat dan tak suka dengan hubungan Johan As’ari dan Lana Nordin dan mungkin ‘booo’ bagi yang tak suka langsung dengan kedua-dua pelakon sensasi ini.

Budiey pun boleh meramalkan Johan dan Lana akan putus kerana awal-awal lagi ibu dan bapa Johan As’ari seolah tidak merestui hubungan cinta anaknya dengan Lana Nordin. Johan seorang yang taat pada kedua ibu bapa. Beberapa hari lalu, Budiey ada menyiarkan tentang Johan As’ari belum lagi membawa Lana Nordin bertemu dengan ibunya sebab terlalu sibuk berlakon teater Bahayanya Wanita. Pada hari ini, Johan As’ari & Lana Nordin mengesahkan yang hubungan cinta mereka sudah berakhir selepas sebulan lebih bercinta kerana masalah tidak mendapat restu daripada keluarga.

Lana Johan Putus Cinta

Apa Kata Johan As’ari?

[dropcap]J[/dropcap]ohan As’ari berkata hubungannya dengan Lana Nordin secara rasmi putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu.

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana. Keadaan saya cukup tersepit, umpama diluah mati mak, ditelan mati bapak.”

Johan As’ari menambah yang beliau sayangkan Lana Nordin namun terpaksa memilih keluarga kerana tidak mahu bergelar anak derhaka kerana ibu tidak merestui hubungannya dengan aktress itu sebelum ini.

“Syurga di bawah telapak kaki ibu saya. Jika pilihan saya tidak mendapat restu keluarga, saya adalah anak yang derhaka. Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana.”

“Saya bimbang harapan kami tidak kesampaian. Kami tetap berkawan seperti biasa selepas ini, tapi bukan atas nama kekasih.”

Apa Pula Komen Lana Nordin?

[dropcap]M[/dropcap]enurut Lana Nordin, dia dah dapat agak, hubungan itu tak ke mana dan akan putus juga selepas apa yang berlaku, dengan hubungan tak direstui dan pada masa yang sama, Johan pula banyak berdolak dalih. Namun begitu Lana kata, dia tak kecewa tapi sangat terkejut dengan keputusan Johan.

“Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi. Saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai sesuatu yang sangat lawak.”

“Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah.”

Lana juga ada berkata, sekarang ni, dia reda dengan ketentuan Allah atas apa yang berlaku. Dengar-dengar kat Twitter, ada peminat yang suruh Johan As’ari kembali bercinta semula dengan Shila Amzah. Aduyai, tapi mahu ke Shila Amzah kembali menerima Johan As’ari? Korang raseeey? Sebenarnya, Shila sendiri dah tak mahu ada kaitan lagi dengan perkara ini. Pastinya, semua orang kena faham dan dah banyak kali Shila berikan kenyataan di Twitternya. Tapi masih lagi ada blogger yang mengaitkan namanya dalam kes ini. Apa kes dengan blogger tu ek?

Lana Johan Putus Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Kekasih Baru Nabila Huda?

Program Khas Raikan Tahun Baharu 2014 Di RTM