in

Program Khas Raikan Tahun Baharu 2014 Di RTM

Pelbagai cara dan pendekatan diambil pelbagai pihak dalam menyatakan ucapan tahun baru mereka. Tidak ketinggalan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berkongsi kemeriahan tahun baru 2014 ini dalam menghargai menjanjikan tayangan program-program menarik sesuai untuk anda seisi keluarga.

[pullquote]Sama-sama saksikan Perutusan YAB Perdana Menteri sempena Tahun Baharu 2014; pukul 10.05 pagi menerusi saluran TV1. Menerusi saluran sama juga, raikan 1 Januari 2014 dengan program hiburan Lady Antebellum Own The Night; pukul 3.05 petang dan Melting Lands; pukul 9.00 malam.[/pullquote]

TV2 pula menjanjikan variasi tayangan program-program menarik sepanjang hari 1 Januari 2014 seawal pukul 10.00 pagi iaitu filem animasi Chicken Little dan menyusul kemudiannya pukul 2.00 petang hiburan Michael Jackson’s This Is it. Sebelah malamnya sama-sama berkongsi babak-babak menarik dalam filem Hindustan popular, Don; pukul 10.00 malam.

Peminat penyanyi trio Lady Antebellum usah ketinggalan berhibur dengan persembahan Lady Antebellum Own The Night. Trio berasal dari Amerika yang terkenal dengan genre ‘Country Pop’ ini akan menghiburkan peminat setianya dengan hiburan lagu-lagu antaranya Need You Now, Our Kind of Love dan American Honey.

Di samping berhibur, tontoni dokumentari menarik Melting Lands memaparkan sejak 15 tahun kebelakangan ini iklim dunia telah berubah. Di Kanada, bongkah ais semakin cepat cair. Pemanasan global banyak memberi kesan kepada aktiviti kehidupan orang eskimo terutamanya komuniti Nunavik di utara Kanada. Budaya dan kelangsunagn hidup masyarakat tersebut kian terjejas dan turut mengalami perubahan. Dokumentari ini memaparkan bagaimana orang Eskimo komuniti Nunavik yang terdiri daripada pemburu dan nelayan terpaksa menyesuaikan diri dengan cara hidup baru akibat daripada perubahan iklim angkara pemanasan global.

Riuh rendah aksi seekor ayam yang comel apabila muncul makhluk asing di bumi mewarnai plot filem Chicken Little sesuai ditonton oleh seisi keluarga terutama kepada kanak-kanak kerana ia membawakan mesej yang positif kepada mereka. Kisahnya bermula apabila watak seekor ayam dikenali Chicken Little cuba membuktikan bahawa walaupun mempunyai bentuk tubuh yang kecil namun itu tidak akan menjadi alasan untuk berjaya. Ini semua terjadi apabila Chicken Little telah mendapat petanda bahawa langit akan jatuh dan telah menjadi satu bandar kacau bilau tetapi pada hakikatnya tiada apapun yang berlaku.

Selepas kejadian itu yang memalukan keluarganya lebih-lebih lagi ayahnya, Chicken Little berusaha untuk memulihkan semula keadaan dengan melakukan sesuatu yang boleh membanggakan ayahnya. Akhirnya Chicken Little berjaya melakukannya dgn menjadi penyebab kemenangan sekolah dalam pertandingan. Namun semua itu tak berakhir dengan begitu sahaja.

Pada suatu hari Chicken Little mendapat petanda bahawa langit akan jatuh. Chicken Little cuba untuk tidak mengendahkan perkara itu kerana tidak ingin perkara lama berlaku semula. Namun kali ni lebih hebat apabila salah seorang kawan Chicken Little telah dilarikan cebisan langit yang jatuh itu.

Namun, rupa-rupanya cebisan tersebut hanyalah cebisan dari kapal angkasa makhluk asing. Dengan tidak sengaja, satu makhluk asing telah terjatuh ke atas bumi dan akibat kejadian itu, keluarga makhluk asing itu mengamuk dan menyerang bumi.

Menggandingkan pelakon popular Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra dan Arjun Rampal, sambung berhibur dengan filem thriller, Don (2006) yang diarahkan oleh Farhan Akhtar. Don mengisahkan seorang lelaki miliki perawakan bersahaja dari Mumbai direkrut oleh seorang pegawai polis menyamar sebagai Don, pemimpin sebuah kumpulan penyeludup antarabangsa. Tetapi tanpa diduga, pegawai itu dibunuh dan kini Vijay terperangkap untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Mengapa Johan As’ari & Lana Nordin Putus Cinta

Soo Wincci Terkejut Tersenarai 100 Wajah Paling Cantik 2013