in , ,

Teguran Jinggo Buat Netizen Tentang Gambar & Video Allahyarham Siti Sarah

Pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo menyeru orang ramai agar berhenti memuat naik hantaran berkaitan gambar serta video penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di media sosial.

Menerusi entri Instagram, Jinggo juga mempersoalkan tujuan mereka memuat naik berkaitan arwah tersebut adakah kerana simpati atau sekadar untuk menaikkan pengikut di media sosial masing-masing sahaja.

Menurutnya, dia berpendapat perbuatan seperti itu secara tidak langsung dapat membuka ruang dan peluang buat pihak lain bercakap mengenai insan yang telah kembali ke Rahmatullah.

“Berhentilah, cukup-cukuplah kamu semua memuat naik gambar dan video arwah. Atas tujuan apa? Nak simpati? Atau nak naikkan pengikut di Facebook serta Instagram?

“Tahu tak kenapa anda perlu berhenti? Sebab bila habis kecantikan arwah di jaja, keburukan arwah pula jadi penyambung cerita!

“Bila habis kebaikan arwah di dewa-dewa, keaiban arwah pula akan bermula. Faham ke tidak kenapa perlu berhenti sekarang? Biarlah arwah damai di sana,”

– Jinggo

Mengulas lanjut, dia menegaskan semula agar warganet di luar sana tidak lagi menjaja kisah arwah demi kandungan media mereka.

“Arwah bukan lagu untuk didendang, bukan juga drama untuk diulang tayang.

“Cukuplah sehari dua berkongsi duka menzahirkan cinta mengenang jasa. Sudah-sudahlah semua sebelum sampai masa kita pula,”

– Jinggo

*Sumber: Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Sambut 25 Tahun Berkhidmat Untuk Rakyat Malaysia dengan Tema Kita Teguh Bersama

New Zealand Rekodkan Jangkitan Pertama Sejak 6 Bulan