in , ,

Jiha Akhir Idam Bersama Lan Solo

Penyanyi muda yang juga salah seorang artis baru dari Dr. Irma Entertainment, Jiha Akhir sudah lama idamkan dan berangan-angan untuk menyanyi secara duet dengan bekas vokalis kumpulan Kristal yang kini telah bergerak berseorangan iaitu Lan Solo.

Pasti sahaja dia berasa amat teruja apabila diberi peluang untuk menyanyi dan menjadi salah seorang yang memberikan persembahan pembukaan di Showcase Next Level Lan Solo yang bertempat di MATIC Kuala Lumpur semalam. 

“Membuat persembahan di atas satu pentas dengan Lan Solo adalah sangat istimewa dan saya sangat teruja dengan peluang ini kerana saya memang dari dulu mengimpikan untuk menyanyikan lagu duet dengan Lan Solo.

Terima kasih kepada Lan Solo dan pihak pengurusan beliau yang mempercayai bakat saya.”

– Jiha Akhir

Jiha Akhir yang dijangka akan mengeluarkan single sulung nya selepas Syawal sentiasa positif dengan arena seni suara tanahair dan berharap pendengar muzik tempatan dan peminat bidang seni suara dapat menerima pendatang baru sepertinya dengan hati terbuka kerana niatnya ingin mewarnai persana seni Malaysia.

ray jiha lansolo

Gadis kelahiran Kuala Lumpur yang berkulit putih gebu dan mempunyai vokal yang nyaring ini tekad untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi sebarisan usia dengannya.

Dr. Irma Entertainment ditubuhkan pada tahun 2017, sebuah label muzik baru tetapi beraspirasi tinggi di asaskan oleh Dr. Irma Shida, seorang doktor gigi yang juga seorang komposer dan penulis lirik.

Di antara artis yang bernaung di bawah label ini ialah Ray Asriserta Akmar Natasha dan Jiha Akhir yang bakatnya dicungkil daripada pertandingan nyanyian secara online SUARA JUARA, satu projek khas Dr. Irma Entertainment di mana konsert akhirnya diangkat oleh Radio RTM Johorfm dan diadakan secara gilang gemilang di Auditorium RTM Johor. Dr. Irma Entertainment juga memperkenalkan artis animasi wanita pertama di Malaysia yang dinamakan Ayasofia.

ray on stage

Di antara lagu-lagu terbitan Dr. Irma Entertainment adalahLakar janji (Azharina Azhar),  Definasi Cinta (Ferhad), Emoji (Ayasofia feat WARIS),Sendiri (Akmar Natasha),  Melankolia (Ash Hafiz), Antidot Lara & Adiwira Sepi (Ray Asri), Cinta Tirai Biru (Ayasofia), Ampun (Yama Watanabe), Jejak (Ash Hafiz/Ayasofia) dan lagu-lagu raya seperti 1 syawal (Ferhad), Ria Hari Raya (zarol, Ash Hafiz, Ray Asri), Bestnya Raya (penyampai Bestfm).

Sentiasa berkarya dengan positif dan agresif, itulah motto Dr. Irma Entertainment, mengorak langkah dalam industri seni dengan harapan memeriahkan persada seni suara dengan bakat dan harapan yang dibawa.

ray on stage audience

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keluhan Zamani Dalam Video Muzik Single ADUH Ciptaan Faizal Tahir

AIFFA

Senarai Pencalonan Top 5 di AIFFA 2019