in , ,

Dr. Irma Entertainment Tampil Dengan Seloka Puisi Moden – BANG SELEBU

Pertama kali mendengar lagu Bang Selebu, pendengar pasti akan tertarik dengan bait puisi dari filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Musang Berjanggut yang berbunyi,

“Bang selebu kuali sawa
Hujan gunung mandi katon
Sirih rampai pinang berkecai
Minta tolong tangan…tangan siapa?
Minta tolong tangan pak luncai”

Dr. Irma Entertainment Tampil Dengan Seloka Puisi Moden - Bang Selebu

Berinspirasikan seloka puisi, Bang Selebu adalah sebuah lagu nukilan bersama dua orang komposer dengan nama samaran Mang Kok dan Ayon. Lagu terkini terbitan Dr. Irma Entertainment sekali lagi memilih penyanyi virtual pertama di Malaysia, AyaSofia untuk berduet dengan seorang penyanyi baharu, Raden Atan.

Mengulas mengenai lagu yang sarat dengan nasihat dan sindiran, penulis Ayon menyatakan bahawa beliau sengaja menyelitkan bait puisi dari filem Musang Berjanggut bagi memperkatakan tentang perangai manusia yang hidup bermuka-muka dan penuh kepura-puraan.

Bang Selebu mengajak pendengar untuk berwaspada dengan musuh dalam selimut yang sememangnya wujud di dalam kehidupan seharian.

Seringkali kerana wang dan kekayaan, manusia menjadi lalai dan alpa sehinggakan kadangkala orang yang kita kenali atau percayai menjadi dalang yang menghancurkan kehidupan kita.

Lagu ini mengutuk keras orang yang mengambil kesempatan dan mencari kesenangan di atas kepayahan hidup orang lain. Bang Selebu turut menyelar perangai suka menabur janji palsu dan bercakap besar segelintir manusia yang ghairah berbual tentang perkara yang mereka tidak punya pengetahuan atau pengalaman yang akhirnya hanya mensia-siakan diri mereka sendiri.

Selaku penerbit lagu dan pemilik syarikat rakaman Dr. Irma Entertainment, Dr Irma menganggap gandingan Raden Atan dan AyaSofia menyanyikan lagu Bang Selebu adalah formula yang terbaik bagi karya seumpama Bang Selebu yang memerlukan kelainan untuk menarik peminat-peminat tempatan.

Ini terbukti apabila lirik video muzik Bang Selebu yang dilancarkan sejak bulan Oktober 2018 kini mencecah empat puluh ribu tontonan biarpun tanpa sebarang promosi.

Dengarkan lagu Bang Selebu nyanyian Raden Atan dan AyaSofia di saluran muzik digital Joox, Apple Music, iTunes dan Spotify atau tonton video lirik di link berikut: https://youtu.be/MWa76fvQRjY

LAGU & LIRIK: MANG KOK / AYON DR. IRMA ENTERTAINMENT

Bang selebu kuali sawa
Hujan gunung mandi katon
Sirih rampai pinang berkecai Minta tolong tangan.. tangan siapa ya? Oh ya

Minta tolong tangan pak luncai

*KORUS*
Hey musang berjanggut Kau ingat ku takut Menyalak melukut hey ular berkaki Salak kanan kiri Mana harga diri

Bangselebu kuali sawa Hujan gunung mandi katon Sirih rampai pinang berseri Minta peluk tangan kiri

Sapu sapu ringgit
Tersapu rumah papan Datang buaya gigit Terkudung kaki tangan
Hey ular berkaki
Salak kanan dan kiri
Mana engkau punya harga harga diri

Ulang *Korus*

Dengar dengar kata luncai terjun dengan labu Kau rasa kau macam pandai, kau tak dengar cakap aku Hey ular berkaki, belit perut penuh duri
Akhir kau sakit belit diri kau sendiri

Ulang *Korus*

Bukan cerita bangsa aku Ni cerita Bangsa Lebu Cakap gebang lebih lebih Halimunan konon hantu

Hey biawak pendek
kau rasa kau banyak bisa
Kerana mulut badan kau boleh binasa Angkat lima jari, jihad sini sana Temberang kau sendiri tak tau kau cakap apa Temberang kau tengok cermin apa rupa

Ulang *Korus*

Curah curah air curah atas daun keladi Berlumba-lumba lari masuk dalam baldi Mandi sirih rampai nak peluk tangan kiri
Kau tak sedar tangan kanan datang cubit tepi Itik terkedek datang sapu-sapu ringgit
Sapu dari rumah papan harap dapat naik ke langit Bangsa Lebu ni bukan bangsa aku
Bangsa lebu memang dasar penipu

Minta tolong tangan pak luncai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Oktavia Manrose, Anak Iwan Dangdut Sepupu Uqasha Senrose

Gambar ‘Panas’ Tersebar, Emma Maembong Mohon Maaf Mengaku Cuai