in , , ,

Keluhan Zamani Dalam Video Muzik Single ADUH Ciptaan Faizal Tahir

Zamani bukanlah suatu nama yang asing di kalangan peminat seni tanahair. Nama yang cukup besar di era 90an kembali menjadi sebutan apabila Zamani menyertai program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada tahun lalu.

Di pentas GV5, vokalis kumpulan Slam ini kembali mencuri hati peminat muzik tanahair dengan kemerduan suaranya. Seperti zaman kegemilangannya, sosok ini ternyata masih menjadi kegilaan ramai apabila saban minggu namanya trending dan menjadi topik perbualan di laman sosial sepanjang program tersebut berlangsung.

Impak kembali mengecapi populariti, Zamani berjaya memenangi tempat ketiga dalam program GV5. Usai GV5, Zamani merencana untuk mengekalkan momentum kerjaya seninya dengan memulakan langkah pertamanya iaitu berkolaborasi bersama penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir.

Zamani PC 2

amani berjaya memenangi tempat ketiga dalam program GV5. Usai GV5, Zamani merencana untuk mengekalkan momentum kerjaya seninya dengan memulakan langkah pertamanya iaitu berkolaborasi bersama penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir.

Kini, sebagai pembuka lembaran seninya untuk tahun 2019, Zamani hadir mempertaruhkan karya terbarunya berjudul ‘Aduh’.

‘Aduh’ merupakan hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam. ‘Aduh’ berkonsep pop kontemporari memberikan nafas baru kepada penyanyi yang sinonim dengan rentak pop balada ini.

Walaupun kali ini tampil berbeza dari  kebiasaan, kemampuan Zamani untuk menghembuskan jiwa ke dalam lagu ini dengan kelunakan vokal dan penghayatannya adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal.

Apatah lagi apabila senikata lagu ini bercerita tentang keluhan hati akibat cinta tidak kesampaian, suatu kisah yang mungkin bakal dikaitkan dengan pelantun lagu ini sendiri. Cubaan Zamani membawakan lagu berunsur kontemporari ini bakal memberikan sajian telinga dan perspektif yang berbeza buat penggemar tegar Zamani.

Zamani menyifatkan ‘Aduh’ sebagai hadiah istimewa buat peminatnya yang tidak jemu menyokongnya selama ini. Zamani turut berharap agar taruhan terbarunya ini mendapat sambutan positif pendengar muzik tempatan. 

Zamani PC 4

Selain daripada melancarkan single ‘Aduh’ pada hari ini, Zamani juga ingin melancarkan kempen #AduhZamaniKaraoke di mana para peminatnya perlu menyanyikan lagu ‘Aduh’ di dalam versi karaoke di mana-mana cawangan Red Box, Green Box atau Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia dan perlu memuatnaik video tersebut di Instagram mereka dengan menggunakan tanda pagar #AduhZamaniKaraoke dan #RedBoxKaraokeMalaysia.

Hadiah bagi kempen ini adalah sebanyak RM1,000 tunai bagi tempat pertama, RM500 tunai di tempat kedua dan RM300 tunai bagi tempat ketiga.

‘Aduh’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ‘Aduh’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 1 MAC 2019 yang lalu.

Selain daripada itu, ‘Aduh’ versi karaoke juga sudah boleh didapati di kesemua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Mengenai #AduhZamaniKaraoke

  • • Kempen ini bermula pada 29 April 2019 ini. 
  • • Berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM1,000.
  • • Hanya perlu memuatnaik lagu Aduh yang dinyanyikan secara solo atau duet di Instagram bersertakan @zamanislam_official dan tanda pagar #AduhZamaniKaraoke & #RedBoxKaraokeMalaysia yang dinyanyikan di mana-mana cawangan Red Box, Green Box atau Red Box PLUS Karaoke. 
  • • Hadiah tempat pertama RM1,000 tunai, tempat kedua RM500 tunai dan tempat ketiga RM300 tunai.
  • • Pertandingan terbuka kepada penyertaan 18 tahun dan ke atas.
  • • Pertandingan tamat pada 18 Jun 2019, jam 11:59 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Buka Tudung, Fathia dakwa Tak Mahu Hidup Berpura-pura

Jiha Akhir Idam Bersama Lan Solo