in

Jemputan Pembaca Ke Universal Night & Showcase 2011

Budiey ingin memberikan 15 pasang tiket untuk pembaca Sensasi Selebriti bagi menghadiri Malam Universal & Showcase 2011 anjuran Universal Music Malaysia. Malam yang dihadiri ramai artis di bawah naungan Universal Music Malaysia ini akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Jun 2011 ini di Nirwana Ballroom, Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur bermula jam 5 petang.

Ada cabutan bertuah dan hadiah yang menarik kepada anda yang mendapat jemputan ini.

Kepada pembaca yang nak join tu, senang saje! Begini caranya:

1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

  • Nama penuh:
  • No. IC:
  • Alamat:
  • No HP:

2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

Saya mahu join Malam Universal & Showcase 2011 kerana… (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

3. Hantarkan email anda itu kepada:

Tajuk Email: Mahu Join Malam Universal 2011

TARIKH TUTUP: 17 JUN 2011

Kepada pembaca yang berjaya dipilih, anda akan dihubungi oleh Budiey melalui.

Terima kasih!

INVITE FINAL jpag

Universal Night 2011

Ratusan peminat, wakil media dan rakan perniagaan akan memperoleh kesempatan untuk bertemu dan melihat sendiri secara dekat barisan artis Universal Music Malaysia yang ditampilkan di atas satu pentas yang sama di Nirwana Ballroom, Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur, sempena Universal Music Malaysia Night 2011. Ini adalah sebuah acara terbesar bagi label rakaman ini tahun ini.

Sebagai sebuah label muzik utama di Malaysia, UMM ingin berkongsi kejayaan sebagai penghargaan untuk peminat, wakil media dan rakan perniagaan, selain berpeluang memenangi hadiah dan menikmati persembahan secara live daripada barisan artis naungan UMM.

Band dari Indonesia, Geisha, juga diberi penghormatan melancarkan album baru mereka, Meraih Bintang [2011], pada acara ini.

Acara ini diadakan pada hari Selasa, 21 Jun 2011, bermula jam 5 petang.

Wakil media seperti daripada akhbar dan majalah turut dijangka memeriahkan lagi acara ini serta wakil stesen televisyen daripada beberapa program.

Universal Music Malaysia adalah sebuah label rakaman, jenama dan cap dagang yang berkaitan dengan pemasaran rakaman muzik dan video muzik di Malaysia. Umumnya, bahagian ini menguruskan koordinasi pengeluaran, pembuatan, pengedaran, pemasaran dan promosi, dan penguatkuasaan undang-undang perlindungan hak cipta atas rakaman suara dan video muzik; melakukan ‘talent scouting’ dan pembangunan artis baru (A & R); dan menguruskan kontrak antara artis rakaman dan pihak pengurusan mereka untuk artis tempatan.

Artis naungan Universal Music Malaysia termasuk nama-nama besar seperti Alleycats, 6ixth Sense, Ana Raffali, Ning Baizura, Maya Karin, Spider, Anuar Zain, dan pendatang baru, Yazer, Relay, Jes Ebrahim, dan Elf Firdaus. Bahagian  ini juga memasarkan produk daripada artis, seperti Monoloque, API, Meet Uncle Hussein, Ahmad, The Malayan dan beberapa artis lain.

Memandangkan industry muzik Indonesia turut menembusi pasaran muzik Malaysia, Universal Music Malaysia juga memainkan peranan utama untuk melakukan pemasaran, promosi dan pengedaran produk Indonesia di negara ini.

Ini termasuk D’Masiv, Geisha, Nidji, Peterpan, Samsons, Vierra, Project Pop dan Letto.
geisha baru

Geisha

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siri Jelajah Jed Madela & Nikki

Profile NIKKI PALIKAT