in

Astro Lancar Astro MyMusic Sempena Hari Merdeka

KEHARMONIAN 1MALAYSIA DI ASTRO MYMUSIC SALURAN 318

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2011 – Astro dengan berbesar hati ingin menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan 1Malaysia dengan menghantarkan video muzik yang unik untuk disiarkan di sebuah saluran khas iaitu MYMUSIC (Saluran 318) bermula 31 Ogos hingga 16 September 2011.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54, projek khas ini dilancarkan bagi meraikan Negara Malaysia yang sememangnya kaya dengan adat budaya dan warisan pusaka yang pelbagai. Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput untuk menghantarkan video muzik bertemakan Malaysia yang menampilkan bakat muzikal mereka yang tersendiri dalam apa juga format seperti persembahan yang diasaskan daripada alat-alat muzik atau vokal yang menggunakan alat muzik tradisional, lagu-lagu rakyat tempatan, persembahan menggunakan alat muzik yang dipalu, persembahan muzik alternative (seperti beat box, rap dan sebagainya) dengan menerapkan lirik lagu yang asli dengan elemen Malaysia untuk menggambarkan kehidupan masyarakat Malaysia. Kami menyeru rakyat Malaysia terutamanya golongan belia untuk berfikir secara kreatif dan berfikir di luar kotak.

IMG_2114

Ketua Pegawai Operasi Astro, Encik Henry Tan berkata, “Astro amat berbesar hati untuk meraikan 1Malaysia yang penuh harmoni melalui video muzik yang menerapkan bunyian indah elemen tempatan. Di seluruh dunia, muzik itu sendiri sebenarnya merupakan sebuah elemen bahasa yang cukup universal yang mana ia mampu menyatukan kita sekaligus merapatkan hubungan sesebuah komuniti. Elemen penting ini amat diperlukan oleh bidang-bidang seperti hiburan, pendidikan serta penyembahan. Muzik ialah sesuatu yang sudahpun berakar umbi dalam komuniti kita sejak dahulu lagi. Sejarah membuktikan Malaysia kaya dengan sejarah budaya seperti lagenda yang tersohor seperti P. Ramlee dan Sudirman, alat muzik tradisional seperti angklung, sape dan gendang serta muzik yang terhasil daripada kombinasi vokal, tarian dan muzik teaterikal seperti mak yong, dikir barat, dondang sayang dan boria. Kami amat mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menonjolkan sisi kreatif yang tersendiri dan kongsi semangat kenegaraan masing-masing bersama kami menerusi muzik – sebuah medium komunikasi yang paling universal.”

Tan turut menambah, “Muzik yang terhebat akan berkumandang terus daripada hati, jadi kami sudah tidak sabar lagi untuk mendapat inspirasi daripada muzik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Sebagai sebuah platform pertama yang menghimpunkan muzik video tempatan yang dihasilkan sendiri oleh rakyat Malaysia secara umumnya, harapan kami ialah untuk mengembangkan lagi industri pengisian kandungan kreatif tempatan dengan menjemput golongan belia Malaysia untuk turut serta dalam kempen MYMUSIC. Sebarang penyertaan tidak perlu mengikut atau merujuk mana-mana contoh yang khusus dan boleh digubah secara berkumpulan, persembahan solo, menggunakan alat-alat muzik – atau apa sahaja yang boleh meraikan semangat Malaysia menerusi elemen muzik atau bunyi. Kami di sini menjemput orang ramai untuk berfikir secara kreatif.”

Dato’ Borhannudin Osman, Pengarah Eksekutif Rangkaian Radio AMP berkata, “Di dunia yang serba luas ini, muzik mempunyai kuasa untuk melangkaui segenap halangan bahasa sekaligus berupaya untuk menyatukan rakyat yang mempunyai latar belakang berbeza daripada segi umur, bangsa dan agama. Pihak AMP berasa amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen MYMUSIC dan akan memberi sokongan padu melalui kumpulan on-ground yang sudah bersedia untuk terlibat secara aktif dalam mengumpulkan koleksi video yang dihantarkan oleh orang ramai. Kami juga turut mempromosikan tentang kempen ini secara on-air dan online bagi menggalakkan orang ramai untuk menghantarkan penyertaan mereka. Personaliti-personaliti radio kami yang bernaung di bawah 9 stesen radio AMP akan turut menghasilkan video muzik istimewa untuk disiarkan menerusi saluran MYMUSIC untuk menggalakkan orang ramai menyanyikan lagu 1Malaysia.”

Rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar video muzik yang turut menampilkan elemen budaya Malaysia, bahasa serta muzik tempatan dalam format video (tidak lebih dari 5 minit) ke Pusat Penyiaran Astro Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2011. Muzik video ini akan disiarkan di MYMUSIC (Saluran 318) bermula 31 Ogos hingga 16 September 2011.

Astro dan Rangkaian Radio AMP juga akan bekerjasama untuk mempromosikan kempen MYMUSIC secara on-air, online dan on-ground bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian.

Untuk keterangan lanjut mengenai MYMUSIC, sila layari www.astro.com.my/mymusic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Sidang Media Anugerah Planet Muzik 2011

Jemputan ke Party Costume FIlem Tolong! Awek Aku Pontianak