in

Filem Tolong! Awek Aku Pontianak

Tolong! Awek Aku Pontianak
Tarikh Tayangan: 7.7.2011
Pengarah: James Lee
Terbitan: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Klasifikasi: U
Pelakon: Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faezah Elai, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri

Poster Tolong Awekku Pontianak

Mempersembahkan filem ala-ala Twilight versi Malaysia…

Pernahkah anda menonton filem Pontianak Malaysia bercinta dengan manusia? Pernah tengok Pontianak yang tidak hisap darah dan tersangatlah baik? Haa…kali ni, Tayangan Unggul mempersembahkan sebuah filem komedi seram Tolong! Awek Aku Pontianak. Filem ini mengisahkan bagaimana seorang manusia boleh jatuh cinta kepada Pontianak.

Bob (Zahiril Adzim), orang kata dia loser tapi dia ni sangat baik, lurus bendul, naïf tapi sering dibuli oleh rakan sepejabat. Mempunyai rakan serumah bernama Pian (Sufian Mohamed). Bob sering bernasib malang bukan saja berkenaaan dengan kerja, kehidupan seharian malah sering gagal dalam percintaan.
Ina (Faezah Elai), inilah awek Bob. Kerja dia sales assistant je. Ina sanggup tinggalkan Bob dan pergi kepada lelaki yang lebih kaya kerana tak sanggup hidup dengan loser. Kesian Bob.

Faizal (Rashidi Ishak) teman sekerja Bob, dan juga anak bos tempat Bob bekerja. Dahlah tak pandai buat kerja, hanya pandai menggunakan kuasa sebagai anak bos. Sering mempergunakan Bob dalam urusan kerja. Kesian…Bob.

Suatu hari, Bob kenal dengan seorang wanita; Maya (Sazzy Falak), sangat cantik, comel dan baik hati. Bob mula terpikat pada Maya. Tapi Maya ni Pontianak, Bob tak tahu pun yang bakal awek dia ni Pontianak. Lagilah kesian kat Bob.

Maya tinggal bersama adiknya Liyana (Liyana Jasmay), cantiklah jugak. Tapi tak macam kakak dia, dia ni garang sikit dan sangat menjaga kakaknya. Aktif menjalankan aktiviti Pontianak disekitar kawasan perumahan dia.

Keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datang dari Johor ke KL semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob. Aduh…kesian betul kat Bob.

Bagaimanakah kesudahan filem ini, adakah kehidupan Bob yang loser akan bertukar menjadi lebih baik dengan kehadiran Pontianak ni? Atau menjadi bertambah loser? Sama-samalah anda nantikan di pawagam pada 7.7.2011 ini.

TRAILER Filem Tolong! Awek Aku Pontianak

Senarai Pelakon
Zahiril Adzim – Bob

Sazzy Falak – Maya

Liyana jasmay – Liyana

Sufian Mohamed – Pian

Rashidi Ishak – Faizal

Yus Waisar – Kamal

Nurul Wahab – Nadia

Syanie – Fatimah

Ameerul – Noordin

Datuk Jalaudin Hassan – Mr. Jamal

Harun Salim Bachik – Pak Harun

Afdlin Shauki – Don

Faezah Elai – Ina

Ruminah Sidek – Old Lady

Jehan Miskin – Eddy

Bell Ngasri – Pembantu Pak Harun

Senarai Tenaga Produksi

Pengarah/Lakon Layar – James Lee

Penolong Pengarah 1 – Saiful Zaidrin

Penolong Pengarah 2 – Muhammad Sadiq

Pengurus Produksi – Mohd Izuan Mohd Mokhtar

Pengarah Fotografi – Mohd Helmi Mohd Yusof

Pengarah Seni – Nazrul Asraff Mahzan

Propmaster – Raja Azrul Nizam Shah Bin Raja Amir Shah

Busana – Nasirah Ramlan

Tatarias – Mohd Fuad Arippin

Komposer – Nurzaidi Abdul Rahman

Jurutera Bunyi – Dustin Riduan Shah

Editor – Abong

Filem ini tidak ada kena mengena dengan Pontianak yang masih hidup ataupun mati. Secara kebetulan je, so sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Movie Still dan adegan menarik dalam Filem Tolong! Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Misi Betty Lakonan Siti Fazurina & Zul Yahya

Bengkel Solekan & Andaman di Akademi RedGlow