in ,

Jawapan Trivia: Nabil & Irma Hasmie Berpegangan Tangan di ASK2009

Okay, jawapan kepada trivia Budiey semalam ialah Nabil Raja Lawak dan kekasihnya yang juga pelakon drama Irma Hasmie. Berpegangan tangan melambangkan keintiman dan sehati sejiwanya mereka ni.

Ramai pembaca yang dah jawab dengan betul. Sebab siapa lagi pelakon komedi yang tengah galak bercinta sekarang kan?

4167488279 9461D8C049 O | 4

Ehem-ehem… bahagianya Irma!

4168248944 A1249B752E O | 5

Alhamdulilah, hubungan percintaan mereka direstui keluarga masing-masing. Famili diorang ni pun sporting dan memahami. Tapi untuk tahun ini, mereka tak bersedia lagi. Mungkin 2010, Nabil dan Irma Hasmie terbukak pintu hati untuk kahwin. Siapa tahu, kan?

Kata Nabil, bulan Disember ni, adik dia nak kahwin. Jadi, biarlah adik Nabil, Siti Sarah tu kahwin dulu. Jadi, Nabil target untuk kahwin 2 tahun lagi. Maknanya, Nabil akan kahwin pada 2011 la ye? Tak pelah Nabil, tawaran berlakon pun semakin mencurah-curah datang. Jadi, masa ni lah masanya nak kumpulkan harta. Pakcik kayooo!

Sebagai manusia biasa, kita hanya merancang dan selebihnya semua atas kuasa Tuhan. Budiey doakan korang bahagia terus hingga ke hujung nyawa.

Ini pula gambar Irma Hasmie dan Nabil masa red carpet Anugerah Skrin 2009:

4165862489 Ac5534D49A O | 6

4166623108 564B84292D O | 7

4166624366 459E02Dd1F O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Betty Benafe di Anugerah Skrin 2009

FILEM SETEM & MARHABAN DI ASTRO DI PAKEJ MUSTIKA