in ,

FILEM SETEM & MARHABAN DI ASTRO DI PAKEJ MUSTIKA

Masih terbayang-bayang lagi, masa Budiey hadir di Majlis Pelancaran Rasmi Astro Mustika di North Court, Mid Valley Megamall pada 20 Mei 2009 lalu. Satu pelancaran yang besar-besaran. Gah! Memang meriah dan gempak sekali! Apa taknya, suasana pelancaran padat dengan begitu ramai selebriti yang hadir!

Bercakap pasal Pakej Mustika dari Astro ni, Budiey rasa, pakej yang baru ini padat dengan dunia hiburan. Banyak program yang kreatif yang lebih menghiburkan. Sememangnya memenuhi permintaan pelanggan Melayu yang kian bertambah.

Sedar tak sedar, Astro Mustika dah 6 bulan menemui peminat dengan 3 saluran yang punya citarasa berbeza. Astro Citra (saluran 131), Astro WARNA (saluran 132) dan B4U (saluran 133)…

Semuanya ada cerita dan filem yang best-best! Memang berbaloi dengan bayarannya pun berpatutan RM12.95 sebulan.

Tak lupa juga, Astro Mustika juga telah meraikan lebih 350 pelanggan pakej Mustika di Majlis Rumah Terbuka Mustika.

Rasanya lebih berbaloi lagi nanti… sebab apa… sikit masa lagi, Budiey dapat tahu, Astro dapat ditonton dalam bentuk HD (High Definition)… Pergh! Kira macam digital. Jadi, mesti gambar lebih sharp, lebih terang dan mutu bunyi macam pawagam, skrin lebih lebar… mesti best kan? Tak sabar nak tunggu sebenarnya.

Ternyata, Astro Mustika berjaya menambat hati penonton… kalau tak, peratusan bilangan penonton Astro sehingga Jun 2009 takkan naik sebanyak 46%! Budiey dapat tahu, pelanggan Astro juga berkembang menjadi 2.73 juta langganan dengan lebih 12.3 juta penonton!

Kurang dari 2 bulan dilancarkan, sebanyak 200 ribu buah rumah telah melanggan pakej Mustika!

Budiey tak nak lepas peluang jugak, cuba untuk melanggan Pakej Mustika dan ASTRO BOX OFFICE MOVIES!. Ada banyak sebab mengapa Budiey suka pakej nih.

Pertamanya, dah tentu akan dapat menonton filem-filem Melayu yang terbaru. Orang kata, filem masih panas lagi keluar dari oven… dan masih meletup-letup di pawagam, terus dapat tonton di saluran Pakej Mustika.

Keduanya, dek tertarik sangat dengan drama-drama komedi dalam Astro Citra juga filem-filem Bollywood dalam B4U… huh… memang tak sia-sia langgan Astro Mustika.

Nak tengok preview, tekan butang 130 di remote control Astro anda~

Selain pakej Mustika, Astro juga menyediakan filem terbaru di ASTRO BOX OFFICE MOVIES!

Terbaru, Budiey dah tonton filem Setem hasil arahan Afdlin Shauki yang mana dah ditayangkan di pawagam pada 30 Julai 2009 lalu. Kejayaan filem ni di Festival Filem Malaysia Ke-22 sebagai Filem Terbaik dan tersenarai dalam pencalonan seperti Skor Muzik Asal Terbaik, Poster Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik. Ini yang buat Budiey tak jemu menonton walaupun berkali-kali di ASTRO BOX OFFICE MOVIES.

Ini sinopsis filem Setem:

Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya.  Beliau melantik seorang  pembuat jam untuk mencipta sekeping setem.  Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan.  Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang  kemudiannya dikutip oleh cucunya….

Pada tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa.  Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring.  Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan.  Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka.  Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai 2 juta ringgit.  Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos membeli tanah tapak rumah anak-anak yatim yang diuruskannya.  Pak Ramli memerlukan RM 500,000.00.  Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang mendidik mereka di rumah anak yatim tersebut. 

Namun, bukan sahaja Sid dan Joe yang mahukan setem itu.  Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat.  Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.  Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut.  Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau. 

Siapakah yang memilikinya?  Apa pula berlaku kepada mereka semua?  Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda…

Rasanya ramai pembaca dah menonton filem nih. Memang terhibur dengan mutu lakonan dari pelakon seperti Afdlin Shauki, Bront Palarae, Que Haidar, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Datuk Aziz Sattar, Chew Kin Wah, Indi Nadarajah, Sathiya, Isma Yusoof dan Harun Salim Bachik.

MARHABAN DI ASTRO
Dengan melanggan ASTRO BOX OFFICE MOVIES juga, kita boleh tonton rakaman muzikal yang eksklusif. Contohnya untuk bulan ni… ada muzikal bonus tersedia untuk ditonton. Dari 15 November hingga 31 Disember 2009, disediakan Marhaban Di Astro di saluran 952 ASTRO BOX OFFICE MOVIES. Persembahan Marhaban ini dijayakan oleh Yazer, Farah, Edlin, Idayu, Hazama, Zainal Alam Kadir, Akma, Kumpulan Firdaus, Tam, Fitri, kumpulan Alamband dan ramai lagi.

Jadi, jangan lupa tonton program dan filem menarik. Nak tonton… kenalah langgan Pakej Astro Mustika dan ASTRO BOX OFFICE MOVIES sekarang!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. budiey. tajuk tu buat saya tak paham la..keliru. Sebnarnya cerita setem tu kat box office. bukan dlm package mustika. Pastu, box office movie mmng bes, tapi problemnya cite tu smpai sebulan.biasalahh..ulang tayang smpai lebam. benanah mata..hehe
    yg marhaban tu pon boring dah. . ingatkan marhaban mcm org buat marhaban kat uma tu. huhu

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jawapan Trivia: Nabil & Irma Hasmie Berpegangan Tangan di ASK2009

Jemputan Ke Tea Party Glow & Glamour