in ,

Gambar Betty Benafe di Anugerah Skrin 2009

Wow, merahnya baju lengan besar yang dipakai oleh pelakon dan penyanyi Betty Benafe ni. Tak tahu rekaan sape ni.

Masih ingat lagi, penampilan Betty jadi peguam dalam Jin Notti, walaupun sekejap tapi kesannya diingati oleh penonton. Memang ramai yang ketawa menonton watak komedi yang menggunakan bahasa slanga.

Dengarnya, pada bulan Disember ini, Astro akan menayangkan drama komedi 26 episod berjudul Bagi Balik Jandaku lakonan Betty Benafe.

Drama komedi ini mengisahkan Farid diperalatkan oleh majikannya Ramli yang telah menceraikan isterinya, Nora dengan talak tiga. Ini kerana Ramli ingin rujuk kembali dengan Nora.

Bagaimanapun, cinta itu buta. Selepas berkahwin dengan Farid, Nora jatuh cinta dengannya dan tidak ingin kembali ke pangkuan bekas suaminya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem George Of The Jungle & Spiderman di TV2

Jawapan Trivia: Nabil & Irma Hasmie Berpegangan Tangan di ASK2009