in ,

Beli Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza Di Pasaran Sekarang

Menangi 10 keping CD Album 2 Diva ini dengan menyertai peraduan yang akan Budiey siarkan tidak lama lagi. Sebelum itu korang baca dulu artikel promo ini ya! Terima kasih Warner Music Malaysia atas sumbangan CD album ini!

2 Diva… pasti akan terbayang di fikiran dua penyanyi tersohor dan mempunyai  empayar besar di industri hiburan. Mereka mempunyai sejarah tersendiri sehingga diberi gelaran Diva. Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza, dua nama besar yang tidak perlu dipertikaikan lagi kehandalan mereka menakluki industri hiburan di Malaysia mahu pun Indonesia. Malah mereka juga dikenali di Asia Tenggara.

Kemampuan mereka juga terbukti dengan anugerah dan kejayaan yang telah diraih sepanjang perjalanan seni mereka. Anugerah yang telah diterima tidak terhitung dik jari. Konsert solo dan persembahan yang mereka jayakan pasti mendapat sambutan hebat dari pengemar-pengemar setia mereka dan semestinya sold out.

Album-album Kris Dayanti , album solo atau album duet bersama Anang pasti terjual bagai goreng pisang panas dan terjual ratusan ribu unit di Indonesia. Malah Duta Jam Bonia ini merupakan seorang pelakon terkenal di negaranya. Bukan hanya di sinetron-sinetron untuk stesen-stesen TV Indonesia bahkan juga di layar perak.

Ini juga terbukti kepada Diva Malaysia, Siti Nurhaliza apabila album-album solo  beliau pasti dinantikan oleh pengemar-pengemar untuk berada di pasaran. Album-album beliau pernah mencecah  jualan ratusan ribu unit dan yang pasti beliau adalah artis Malaysia pertama pernah membuat persembahan secara solo di Royal Albert Hall, London. Beliau di anugerahkan Malaysia Book of Records untuk konsert tersebut.

Bukan itu sahaja, keakraban KD dan Siti memang tidak perlu dipersoalkan lagi, mereka saling menghormati diantara satu sama lain. Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza juga pernah membuat persembahan di satu pentas yang sama, tidak kira di Malaysia mahupun di Indonesia.

Pihak Warner Music Malaysia dengan berbesar hati melahirkan sebuah album yang cukup bermakna bagi kedua-dua Diva ini. Album 2 Diva yang mengabungkan dua benua Asia dan dua penyanyi tersohor ini adalah yang pertama buat mereka. Kolaberasi yang julung-julung kali dan hanya sebelumnya berlaku dipentas persembahan disatukan didalam sebuah album.

Yang pastinya peminat-peminat Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza amat gembira dengan kelahiran album 2 Diva ini.  Pasti anda semua ingin memiliki album yang cukup eksklusif dan amat bermakna. Album yang memiliki 16 buah lagu hits Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza ini akan berada di pasaran pada 6hb Mei 2008 mendatang dengan harga RM29-90 dan ianya juga bakal diterbitkan dalam bentuk VCD Karaoke yang menampilkan 12 buah klip video original mereka dengan harga RM19-90.

Jadi tunggu apa lagi peminat-peminat KD dan Siti Nurhaliza. Segera dapat album 2 Diva ini di kedai-kedai muzik perhampiran. Pasti semestinya yang terbaik keluaran Warner Music Malaysia.

Lagu-lagu yang terkandung di dalam album 2 Diva  ini adalah seperti berikut:-

  1. Aku Cinta Padamu – Siti Nurhaliza
  2. Menghitung Hari – Kris Dayanti
  3. Bukan Cinta Biasa – Siti Nurhaliza
  4. Cobalah Untuk Setia   – Kris Dayanti
  5. Purnama Merindu – Siti Nurhaliza
  6. Cinta – Kris Dayanti & Melly Goeslaw
  7. Seindah Biasa – Siti Nurhaliza
  8. Mahadaya Cinta – Kris Dayanti
  9. Bicara Manis Menghiris Kalbu – Siti Nurhaliza
  10. Hati Ini Telah Dilukai – Kris Dayanti & Ajai
  11. Debaran Cinta – Siti Nurhaliza
  12. Pilihlah Aku – Kris Dayanti
  13. Ku MilikMu – Siti Nurhaliza
  14. Makin Aku Cinta – Kris Dayanti & Anang
  15. Percayalah – Siti Nurhaliza
  16. MencintaiMu – Kris Dayanti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Rambut Penyanyi Mana Ni

Jawaban Trivia: Ziana Zain Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik Balada