in , ,

Ziana Zain Buat Panggilan Video Bersama Pak Zain di Konsert Ziana Zain 2024

Penyanyi terkenal, Ziana Zain, sempat meluangkan masa melayan panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah, 86, yang bertujuan untuk memeriksa penampilannya ketika membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena, malam tadi.

Ziana, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 56, menjelaskan bahawa panggilan video sedemikian bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana bapanya sangat prihatin dan begitu mengambil berat tentang kariernya, termasuk imej serta fesyen yang ditampilkan.

Ziana Zain Buat Panggilan Video Bersama Pak Zain di Konsert Ziana Zain 2024

“Bayangkan pada usia saya 56 tahun, selain bertanya khabar, abah masih mengambil berat soal penampilan saya dengan bertanya baju apa yang dipakai dan siapa jurusolek. Abah memang macam tu…Dia sangat risau jika membabitkan soal kerja. Masa nak minta restu sebelum pergi latihan konsert, abah menangis dan sambil berpesan buat yang terbaik demi rezeki halal. Abah sentiasa doakan saya. Memandangkan abah tak dapat nak hadirkan diri berikutan masalah kesihatan dan adik, Anuar Zain tahu yang abah teringin nak tengok saya di pentas, itu yang dia buat panggilan video. Bila abah dapat tengok anak dia atas pentas, dia amat gembira. Itu yang saya sempat beritahu baju apa yang saya pakai serta gaya solekan. Dua elemen itulah abah perlu tahu kerana itu adalah keutamaannya,” kata Ziana dalam sidang media selepas konsert berakhir.

Selepas mengadakan persembahan, penyanyi lagu “Madah Berhelah” itu turut mengumumkan berita gembira bahawa beliau akan mengadakan konsert yang sama di Singapura. Konsert tersebut akan diadakan di The Star Theatre pada 28 September depan.

Ketika ditanya sama ada konsep persembahan di Singapura akan sama dengan yang disajikan di Malaysia, Ziana menyatakan bahawa perkara itu masih dalam perbincangan.

“Sebelum ini, memang ada ura-ura tapi masih belum pasti lagi. Saya tak boleh nak umumkan sebelum dapat maklum balas mengenai apa yang berlaku malam ini (semalam). Saya rasa bersyukur kerana dapat buat konsert satu lagi di Singapura. Alhamdulillah. Mengenai konsep, saya akan duduk berbincang dengan pengarah konsert, Jennifer Thompson, tentang apa yang akan dilakukan. Kalau tukar lagu sudah tentu banyak benda yang kena tukar. Tengoklah nanti macam mana,”

– Ziana Zain
Ziana Zain Buat Panggilan Video Bersama Pak Zain di Konsert Ziana Zain 2024

Dalam persembahan selama tiga jam tersebut, Ziana menghiburkan kira-kira 5,000 peminat dari dalam dan luar negara dengan menyampaikan 20 lagu popularnya. Antara lagu yang didendangkan termasuk “Kasihku Pertahankan,” “Setiaku Di Sini,” “Kemelut Di Muara Kasih,” “Kekal,” “Berpisah Jua,” “Anggapanmu,” “Sangkar Cinta,” “Terkenang Jua,” sebelum menutup tirai persembahan dengan single yang berjaya meledakkan namanya, “Madah Berhelah.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meta Mahu Kurangkan Kos, Bakal Lancar Servis Pembantu AI Berbayar 

Ulasan Filem THE EXPERTS, Bukan Kisah Heist Yang Unik Tapi Menghiburkan