in

Izzue Islam Bakal Bintangi Filem TUJUH DIMENSI

Minggu lepas, semasa pelancaran Samsung GALAXY A, Budiey sempat duduk berborak-borak dengan pelakon kacak dan juga vokalis kumpulan Forteen, Izzue Islam. Khabarnya, dia kini sedang sibuk berlakon sebuah filem berjudul Tujuh Dimensi.

Dah lama tidak berlakon filem, jadi kali ini Izzue Islam bertambah terujalah sebab filem ini baginya sangat menarik dan mencabar kredibiliti dan bakatnya sebagai seorang pelakon. Kali ini, Izzue bilang, dia mahu lakukan yang terbaik untuk tatapan peminat dan mahu menjadikan filem ini sebagai penanda aras dalam bidang lakonan beliau. Itulah antara azam tahun baru 2015.

Izzue juga memberitahu Budiey, rumahnya di Kelantan tidak tempias dari menjadi mangsa banjir. Namun, Izzue sebagai warga anak jati Kelantan masih bersimpati dengan nasib malang menimpa mangsa banjir dan sebolehnya mahu membantu mana yang patut.

Okay Budiey nak ucapkan tahniah buat Izzue Islam yang turut terpilih menjadi selebriti yang tampil memeriahkan acara pelancaran Samsung Galaxy A. Pergh, best dapat telefon bimbit free kan? Selain Izzue Islam, Budiey juga turut bertemu dengan selebriti lain seperti Najwa Latif dan Liyana Fizi kat sini.

Semoga Izzue Islam dan Forteen terus maju di tahun 2015.

Selfie with Izzue Islam Follow @izzueislam  #ootd #appearance di Pelancaran SAMSUNG GALAXY A5 and GALAXY A3 yg sedang berlangsung di Hilton Hotel. Di sini Budiry akan jumpa Izzue Islam, Najwa Latif & Liyana Fizi. Diorang ni akan share story pasal pengguna

Bersama selebriti terkenal Izzue Islam @izzueislam di Pelancaran SAMSUNG GALAXY A5 and GALAXY A3 yg sedang berlangsung di Hilton Hotel. Di sini Budiry akan jumpa Izzue Islam, Najwa Latif & Liyana Fizi. Diorang ni akan share story pasal penggunaan SAMSUNG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Translate Kini Lebih Mantap

Pelawak Zizan Razak Dilarang Sain Kontrak Baru Dengan Produksi