in , ,

Isteri Aman Graseka Bersalin Di Hospital Swasta, Netizen Tanya Mana Dapat Duit?

Diuji dengan kesempitan hidup sebelum ini, tindakan pelakon Aman Graseka membawa isterinya bersalin di hospital swasta di Sungai Petani, Kedah, pada Rabu lalu mengundang tanda tanya netizen.

Pandemik Covid-19 cukup terkesan, pelakon senior Aman Graseka, 53, juga turut terpalit dengan situasi yang melanda negara dan dunia ini.

Tampil menjelaskan perkara itu, isteri Aman, Nurul Amrina Zamri berkata kos bersalinnya ditanggung oleh seorang pelakon wanita yang enggan didedahkan namanya.

“Pelakon yang menaja kos kelahiran itu yang cadangkan saya melahirkan bayi di hospital berkenaan. Kalau ikutkan saya dengan abang tak kisah pun untuk bersalin di hospital kerajaan.

“Lagi pula sekarang kes COVID-19 tinggi di Kedah, jadi kita cuba elakkan daripada terdedah kepada jangkitan. Saya ikut saja sebab ini permintaan pelakon tu, sebenarnya tak ada beza pun bersalin di mana sekalipun kerana sakitnya tetap sama,” katanya.

– Aman Graseka
Baby Boy! Aman Graseka &Amp; Isteri Bersyukur Selamat Timang Anak Kedua

Ditanya siapanya pelakon tersebut, Amrina berkata sehingga kini suaminya tidak mendedahkan mengenai identiti aktres berkenaan.

“Semua hal abang yang uruskan, sejujurnya saya pun tak tahu siapa pelakon yang bayarkan kos bersalin itu.

“Abang kunci mulut tentang hal ini, mungkin dia takut jika saya tahu mungkin saya terlepas cakap dekat orang lain, saya tanya banyak kali pun dia tak mahu. Semoga individu itu dimurahkan rezeki,”

– Aman Graseka

Terdahulu, ada netizen mempersolakna tindakan Aman membawa isterinya bersalin di hospital swasta kerana tidak selari dengan kenyataan pelakon itu yang sebelum ini kesempitan hidup akibat Covid-19.

Isteri Aman selamat melahirkan cahaya mata kedua merupakan bayi lelaki secara normal pada 3.45 petang pada Rabu lalu.

Aman Graseka Dedah Siapa Yang Tanggung Kos BersaIin

Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Aman meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu. Pelakon itu memerlukan wang tersebut kerana isterinya akan melahirkan anak kedua mereka, bulan depan.

Aman dan Nurul Amrina sudah dikurniaakn seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

“Isteri nak bersalin. Situasi Covid-19 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?”

– Aman Graseka

Malah dia juga ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan. Malah menerut Aman dia juga turut meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang respons.

Isteri Aman Graseka Selamat Lahirkan Bayi LeIaki. Kos BersaIin Ditanggung Oleh Seorang Pelakon Wanita

PeIakon Aman Graseka, 53, dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Nurul Amrina Zamri selamat meIahirkan bayi mereka di pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah, petang semalam.

Menurut Aman, anak keduanya itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 3.54 petang dengan berat 3.1 kilogram.

”Syukur semuanya selamat. Isteri masuk hspital kira-kira jam 1 pagi, namun tanda-tanda kelahiran belum kelihatan.

”Doktor suruh tunggu dan akhirnya jam 3.54 petang barulah bayi kami keluar untuk melihat dunia. Alhamdulilah ibu dan bayi sihat,

– Aman Graseka

Kos Bersalin Isteri Ditanggung Seorang Pelakon Wanita

Sementara itu, Aman berkata, kos bersalin isterinya di pusat perubatan tersebut telah ditanggung seorang pelakon wanita yang juga rakannya.

”Dia seorang pelakon wanita yang hebat dan rakan yang baik hati,”

– Aman Graseka

Aman dan Nurul Amrina, 32, turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Sebelum ini, Harian Metro pernah melaporkan Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem 1875 meminta penerbit dan pengarah filem terbabit menjelaskan baki bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pndemik COVlD-I9 yang mengehadkan peluangnya untuk berlakon.

Dia ketika itu buntu untuk mendapatkan wang apabila isterinya dijangka melahirkan anak kedua mereka pada awal Julai.

Dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi mereka tidak dapat membantu kerana mereka juga berdepan kesusahan.

Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tetapi tiada bantuan dihulurkan.

Aman akhirnya menerima sumbangan sebanyak RM500 dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) serta daripada rakan-rakan artis yang bersimpati.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa | 23

Neelofa Bagi Satu Cadangan Untuk Sijil Vaksin, Tak Pasal-Pasal Kena Perli Dengan Netizen

Samsung | 24

Samsung Galaxy A03s Dilancar di Malaysia dengan Harga RM559