in , ,

Drama MUNAJAT CINTA AYAHANDA Lakonan Aman Graseka

Ibarat peribahasa Melayu, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya? Ironinya manusia memang suka menceritakan keburukan orang berbanding kebaikan yang adakalanya sudah jelas terhidang depan mata.

Siapa kata hanya ibu tunggal berdepan dengan fitnah dituduh menjalinkan cinta dengan suami orang? Pendekatan sama cuma dengan jalan cerita yang berbeza ditonjolkan dalam drama bertajuk ‘Munajat Cinta Ayahanda’.

Bakal disiarkan mengisi slot Pilihan Jumaat pada 2 Oktober ini, pukul 2.00 petang di TV2, bezanya watak utama menampilkan pelakon utama seorang lelaki bergelar lelaki bapa tunggal lakonan berkesan pelakon berpengalaman Aman Graseka.

Konflik dalam berlaku dalam diri seorang lelaki yang kematian isteri mengakibatkannya kesunyian. Hidup sendiri tanpa anak-anak membuatkan dia cekal untuk mengumpul kekuatan berdepan dengan fitnah dilontarkan orang kampung.

Masyarakat di sekeliling menuduhnya menjalinkan hubungan dengan wanita bergelar janda di kampung tersebut sedangkan hakikat yang sebenar sebaliknya. Cuba berdepan dengan situasi tersebut, mampukah dia membersihkan nama baiknya semula? Bagaimana dengan penerimaan anak-anaknya pula?

Drama penuh konflik ini selain menampilkan pelakon utama Aman Graseka, ia turut dibantu oleh Husairi, Sheera Iskandar, Fikree Bakar, Nik Marini dan Shaffiq.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mercedes-Benz Launch Malaysia Fashion Week 2015 in Paris

Pemenang Peraduan DREAM HOLIDAY FOR ACUVUE® DEFINE™