in , ,

Samsung Galaxy A03s Dilancar di Malaysia dengan Harga RM559

Samsung Galaxy A03s kini ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Ia merupakan sebuah peranti kelas permulaan dengan janaan cip MediaTek Helio P35. Seterusnya, ia juga dibekalkan beberapa lagi penawaran menarik lain seperti tri-kamera utama, bateri besar 5000mAh dan banyak lagi.

Tingkatkan pengalaman anda dengan pemproses baru, sensor cap jari sisi, bateri berkuasa tinggi, tiga kamera dan skrin 6.5″ HD+

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan sebuah lagi telefon pintar keluaran terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy A03s. Telefon pintar kelas permulaan ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan fungsi utama yang hebat pada harga mampu milik.

Galaxy A03s

Spesifikasi untuk Samsung Galaxy A03s dilengkapi cipset Mediatek 6765, RAM 4GB, panel skrin HD+ 6.5 inci, storan dalaman 64GB, sokongan kad MicroSD sehingga 1TB, kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan 7.75W dan paparan antara muka One UI Core beroperasi atas Android 11.

Kamera utama terdiri dengan 13MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.0, pembesar suara mono, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi.

Galaxy A03s

Bahagian belakangnya mempunyai kamera utama 13MP dengan bukaan F2.2, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Pada bahagian depan pula mempunyai kamera swafoto 5MP. Ciri lain bagi telefon ini ialah ia hadir dengan teknologi Dolby ATMOS, dwi-SIM, bluetooth 5.0 dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi.

Samsung A03s tersedia dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan putih. Peranti ini boleh dibeli dengan harga RM559. Anda boleh layari laman web rasmi Samsung untuk maklumat lanjut.

Temui Galaxy A03s yang Dinaik Taraf Sempurna untuk Minda Kreatif

Samsung Malaysia Electronics mengumumkan keluaran terbaharu, Samsung Galaxy A03s, telefon pintar kelas permulaan yang sangat sesuai untuk mereka yang mahukan peranti yang memberikan fungsi utama hebat pada harga mampu milik. Dipadankan dengan sensor cap jadi sisi, skrin 6.5” HD+, kamera utama 13MP dan bateri 5,000mAh yang berkuasa, peranti ini adalah sempurna bagi mereka yang menghargai kesederhaan dan kecekapan untuk urusan seharian mereka.

Kamera yang Menakjubkan dan Ciri Penyuntingan yang Hebat untuk Yang Kreatif

Pada zaman kini, kamera pada telefon pintar bukan lagi merupakan ciri tambahan yang bagus untuk dimiliki, tetapi mesti dimiliki kerana fungsinya. Sama ada untuk tugas sekolah, peggunaan media sosial ataupun sebagai alat untuk berkomunikasi dengan orang yang tersayang, kehadiran kamera yang hebat (atau tiga!), sama pentingnya dengan kehadiran pemproses yang baik. Kamera-kamera versatile Galaxy A03s membolehkan pengguna untuk mencipta kenangan indah yang berkekalan lama. Ambil gambar berkualiti tinggi dengan kamera utama 13MP dengan bukaan F2.2 dan dapatkan kesan bokeh yang cantik di latar belakang! Sementara kamera Makro 2MP F2.4 membolehkan anda mengambil gambar jarak dekat dengan tekstur tambahan yang sangat jelas, kamera Depth memberikan pengalaman yang lebih seronok dengan adanya kesan kabur yang boleh disesuaikan pada latar belakang subjek gambar anda.

Jika anda lebih gemar untuk berswafoto, kamera depan 5MP yang hebat ini membolehkan anda mengambil gambar yang jelas dan terang! Dengan efek-efek Selfie Focus dan Smart Beauty, anda boleh mengambil gambar dengan penampilan kulit yang lebih halus dan wajah yang lebih menonjol. Galaxy A03s memberikan setiap minda kreatif peluang untuk menambahkan identiti tersendiri pada gambar. Tambahkan sentuhan peribadi dengan menggunakan pelbagai efek seperti sticker, stamp dan filter-filter pengecam wajah untuk menetapkan nada gambar anda! Bimbang ia akan memakan ruang dalam peranti anda terlalu cepat? Jangan risau, RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB dapat ditingkatkan dengan bantuan kad MicroSD sehingga 1TB. 

Skrin Terang untuk Pengalaman Tontonan yang Mengasyikkan

Selain daripada menggunakan skrin besar untuk tugas harian seperti menatal dokumen dan feed media sosial atau panggilan video bersama rakan-rakan anda, skrin besar 6.5”dengan layar HD+ Galaxy A03s akan memberikan pengalaman menonton yang hebat kepada setiap pengguna. Bagi peminat hiburan, skrin besar sangat sesuai untuk gamers dan mereka yang gemar menonton filem dalam talian. Dengan Dolby ATMOS, detik-detik di layar anda ditingkatkan lagi ketika anda membenamkan diri dalam audio yang mengasyikkan – sama seperti di pawagam!

Bateri dan Prestasi yang Tidak Mengecewakan

Bateri 5,000mAh yang mengagumkan ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang menjalani kehidupan sibuk. Dengan kuasa bateri yang banyak, ia tidak akan padam dan mengecewakan anda ketika anda sedang menjalankan tugas pada siang hari. Ia juga dilengkapi dengan kemampuan pengecasan 7.75W, sangat sesuai dan penting bagi mereka yang ingin menjimat masa. Sementara One UI Core membenarkan anda untuk ber-multitask dan berulang-alik antara aplikasi yang berbeza dengan lancar, pemproses Octa-Core yang mengagumkan pada peranti ini juga dapat menangani tugas-tugas berat dengan pantas tanpa menjejaskan kelajuan dan kualiti. Sensor jari yang dipasang di sisi juga membolehkan anda membuka kunci telefon dengan mudah dan pantas.

Didatangkan dengan warna-warna anggun bersama kemasan mat, Galaxy A03s boleh didapati dalam warna Black, Blue dan White. Peranti ini boleh didapapi dengan harga runcit disyorkan iaitu RM559. 

Spesifikasi Galaxy A03s

Galaxy A03s

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy A03s, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a03s-black-64gb-sm-a037fzkgxme/  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Aman Graseka Bersalin Di Hospital Swasta, Netizen Tanya Mana Dapat Duit?

Masih Dalam Fasa Berkawan Baik, Zizi Kirana Tak Tolak Jodoh Dengan Yusuf Bahrin