in , ,

Iqbal Zulkefli Serius Lancar HUJAN, Tak Mahu Rosakkan Industri Muzik Tanah Air

Sebelum ini, Iqbal pernah dikecam netizen gara-gara isu perselisihan faham dengan DSV sebelum disusuli dengan kenyataamnya ingin menghasilkan sebuah single.

Menurut Iqbal, dia tak akan merosakkan industri muzik tanah air dengan single terbaharu nya berjudul Hujan yang akan diperdengarkan buat pertama kalinya pada petang ini.

Menerusi sebuah hantaran poster single HUJAN, Iqbal menyifatkan single ini ada kaitan dengan dirinya yang sebenar. Malah poster yang memperlihatkan dirinya diikat dengan tali juga memberi gambaran seakan dia diperlakukan seperti boneka.

“Poster lagu HUJAN ini, berkonsepkan filem antarabangsa. Jurugambar & pereka grafik ini @ayetozza semenangnya pernah berkarya untuk produk antarabangsa. Tali yang mengikat tangan dan kaki saya itu diedit (manipulate) seperti boneka”

– Iqbal Zulkefli
Iqbal Zulkefli Serius Lancar HUJAN, Tak Mahu Rosakkan Industri Muzik Tanah Air

Idea menghasilkan lagu yang mengisahkan tentang perjalanan kisah peribadinya itu muncul selepas hubungan cintanya bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berakhir dengan perpisahan.

“Lagu ni berdasarkan pengalaman hidup saya. Saya pernah dihalau diberhentikan kerja pada waktu hujan. Saya di buang tanpa pertimbangan.

“Netizen boleh nilai sendiri sama ada ini adalah marketing produk saya atau tidak,” 

– Iqbal Zulkefli

Iqbal Zulkefi sudah memasang angan-angan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Taruhannya menerusi lagu Hujan selain paduan vokal yang baik mampu untuk bersaing di pentas berprestij itu.

“Sekiranya ada rezeki untuk ke AJL saya okay je. Tidak la rasa tergugat sangat sebab suara saya ketika menyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun.

“Tapi semestinya kena ada persediaan yang rapi, saya perlu lebih banyak latihan kalau ada rezeki ke AJL nanti.

“Saya sedar diri dan saya tidak la mahu berlagak, tapi kalau ada rezeki ke AJL apa salahnya. Namun saya tetap hormat orang lama dan akui saya masih belajar” 

– Iqbal Zulkefli

Single Bakal Dilancarkan Petang Ini

Komited dengan itu, lagu dan video muzik yang mendapat sentuhan daripada komposer dan penyanyi Oja serta ahli Floor 88, Achoi bakal dimuatnaik secara rasmi di laman YouTube pada jam 5 petang ini (1 November 2021)

“Kos penggambaran & grafik kesemuanya (termasuk gambar-gambar lain lagi) bersamaan sebuah kereta Honda Civic saya yang ramai hina.

Ini bukan tentang berapa banyak wang yang saya ada. Ia tentang betapa serius saya dalam melakukan sesuatu. Saya bukan orang yang berbual kosong.

Set jam 5:00 petang, 1 November untuk tonton video muzik official lagu HUJAN – Iqbal Zulkefli. Percayalah, saya tidak akan rosakkan industri muzik tanah air”

– Iqbal Zulkefli

Menjengah ke hantaran tersebut, pelbagai reaksi telah diberikan oleh netizen mengenai single terbaharunya itu selain turut menyatakan teruja untuk mendengarnya.

Iqbal akui berdebar-debar menanti reaksi orang ramai walaupun dia berpuas hati dengan hasil dan pencapaiannya vokal dalam lagu ini.

“Perasaan berdebar bercampur dengan teruja. Banyak persoalan timbul dalam fikiran saya…risau jika ada cemuhan dan makian.

“Perkara ini baru bagi saya, saya tak tahu apa komen dan reaksi orang industri terhadap saya.

– Iqbal Zulkefli

Sebelum ini, Iqbal mendapat kecaman daripada Diva AA selepas mengumumkan bakal melancarkan single HUJAN.

Menerusi laman Twitter, Diva AA memberi perumpamaan akan membuang cakera padat (CD) milik Iqbal ke laut walaupun diberi secara percuma.

Berkonsepkan Antarabangsa, Poster Lagu Hujan Iqbal Zulkefli Cecah Kos Seunit Honda Civic

Ahmad Iqbal Zulkefli menerusi sebuah hantaran di Facebook tampil menjelaskan maksud di sebalik poster lagu single terbarunya yang berjudul Hujan.

Lagu tersebut yang telah diterbitkan tepat jam 5 petang semalam itu kini sudah boleh ditonton di saluran YouTube Rusa Music.

Jelas Iqbal, poster lagu nyanyiannya itu sebenarnya telah mengambil ilham daripada filem terbitan luar negara.

Malah, ujarnya lagi, jurugambar serta pereka grafik yang terlibat dalam pembikinan poster tersebut pernah berkarya untuk produk-produk antarabangsa.

Poster lagu Hujan ini berkonsepkan filem antarabangsa. Jurugambar & pereka grafik ini sememangnya pernah berkarya untuk produk antarabangsa. Tali yang mengikat tangan dan kaki saya itu diedit seperti boneka.

– Iqbal Zulkefli

Tambah Iqbal, kos penggambaran dan grafik untuk menghasilkan poster tersebut mencecah kos seperti membeli Honda Civic.

Kos penggambaran & grafik kesemuanya (termasuk gambar-gambar lain lagi)bersamaan sebuah kereta Honda Civic saya yang ramai hina.

– Iqbal Zulkefli

Iqbal kemudian memaklumkan bahawa apa yang dijelaskan mengenai kisah penghasilan poster tersebut bukanlah ingin menunjuk-nunjuk tentang berapa banyak wang yang dia miliki tapi hanyalah ingin membuktikan bahawa dia fokus dan serius apabila melakukan sesuatu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mummy Jerung di Tik Tok, Sofia Marieylla Kini Mengganas Dalam ‘AKULAH JERUNG MERAH’

Siti Sarah Mohd Fauzi Mommy Happy

Mommy Happy, Pilihan Ibu Bapa & Guru, Kini Ada Premis Bangunan Sebagai Mercu Tanda