in , ,

Dapat CD Lagu HUJAN Nyanyian Iqbal Secara Percuma, Ini Tindakan dari Diva AA

Reda kisah percintaannya dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi, Ahmad Iqbal dikhabarkan akan muncul dengan single terbaru berjudul Hujan.

Menerusi satu perkongsian, Iqbal berkata lagu tersebut adalah kisah benar tentang suka duka perjalanan hidupnya selama ini dan akan dilancarkan pada 1 November depan.

“1 November lagu saya yang bertajuk Hujan (Official Music Video) bakal ditayangkan di YouTube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini,”

– Iqbal

Menjawab pertanyaan netizen mengenai tajuk lagu tersebut, yang merasakan sesuai diberi tajuk sebagai ‘Banjir’, Iqbal lagu itu diberi tajuk Hujan kerana dia pernah dihalau dan kebasahan ketika hujan.

Dapat CD Lagu HUJAN Nyanyian Iqbal Secara Percuma, Ini Tindakan dari Diva AA

“Hujan kerana waktu itu saya kebasahan di tengah hujan, dihalau ketika sedang hujan lebat. Bukan banjir,” jawabnya.

Baru je Iqbal umum kemunculan lagu pertamanya. Sekali ini komen Diva AA sampai dedah bakal buang CD tersebut walaupun diberi percuma.

Comments Offon Baru je Iqbal umum kemunculan lagu pertamanya. Sekali ini komen Diva AA sampai dedah bakal buang CD tersebut walaupun diberi percuma. 482 Views

Bekas pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) , Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi mendapat kecaman daripada selebriti sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sejurus mengumumka bakal melancarkan single pertama nya berjudul HUJAN.

“Buang” Ke Laut CD Milik Iqbal

Menerusi laman Twitter, Diva AA memberi perumpamaan akan membuang cakera padat (CD) milik Iqbal ke laut walaupun diberi secara percuma.

“KAU BAGI FREE PUN? DIVA AA BUANG KE LAUTTTT CD KAU! BAIK MAKCIK CAPPP DENGAN SUAMI NYAHHHH.”

– Diva AA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KENNY ONG ASTRO RADIO

Astro Radio Menyegarkan SYOK dengan 60 Stesen Radio Baharu Dalam Talian

Lebih Sebulan, Drama SQUID GAME Masih Ditangga No 1 Di Ranking Global Netflix