in , ,

Mummy Jerung di Tik Tok, Sofia Marieylla Kini Mengganas Dalam ‘AKULAH JERUNG MERAH’

Mummy Jerung Viral Di Media Sosial Buktikan Kemampuan Menyanyi Melalui Single Pop Pertama Terbitan Rocketfuel Entertainment

Punyai jiwa yang kental, hati yang tabah dan semangat yang sangat berani, cita-cita jitu usahawan wanita muda berjaya yang berasal dari Marang, Terengganu, yang turut popular dengan julukan ‘Mummy Jerung’ ini untuk terjun ke bidang nyanyian akhirnya menjadi kenyataan. 

“Ramai yang tak percaya pada mulanya, akhirnya berkat kesabaran dan kesungguhan dalam bidang perniagaan, dapat juga saya hadir dengan single sendiri,”

– Sofia Marieylla

Wan Siti Mariam Wan Mahyudin atau lebih glamour dengan panggilan Sofiaa Marieylla di laman sosialnya seperti TikTok, dengan jumlah pengikut seramai hampir sejuta dan mempunyai lebih daripada 17 juta sukaan, kini boleh berbangga apabila beliau disunting secara rasmi menjadi artis di bawah naungan Rocketfuel Indie Space Station (ISS) yang merupakan pembahagian (division) terbaharu Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. 

Single yang berjudul ‘Akulah Jerung Merah’ hasil ciptaan komposer berpengalaman, Hadi Rumnan dan penulis lirik berbakat, Ajim Maze merupakan taruhan pertama buat Sofiaa sebagai penyanyi. 

“Umum yang semua ketahui, tagline Skuad Jerung Merah yang merupakan sebahagian daripada gimik pemasaran perniagaan saya di media sosial sangat sinonim dengan saya, sehinggalah video-video tersebut menjadi viral di TikTok dan disebut-sebut masyarakat Malaysia. 

“Dan tak disangka-sangka, rupa-rupanya pihak Rocketfuel berkenan menjadikan saya sebagai artis rakaman dan saya terima pelawaan tersebut dengan hati yang terbuka kerana inilah peluang keemasan yang saya nanti-nantikan selama ini,”

– Sofia Marieylla

Akulah Jerung Merah’ merupakan sebuah lagu bergenre pop rancak Kemelayuan yang santai dengan ritma yang catchy bagi menambat hati para pendengar.

Manakala bait-bait korusnya senang diingati dan pasti menjadi siulan anak-anak remaja dengan jalan ceritanya yang menghiburkan. 

“Jalan cerita lagu ni simple je, ia mengenai Mummy Jerung iaitu saya sendiri yang melalui proses percintaan bersama seorang pemuda dengan pengakhiran yang bahagia, kiranya sehingga ke jinjang pelamin. 

“Saya juga amat teruja dan terkejut di mana proses rakaman lagu serta pembikinan video muzik (MV) dapat disiapkan dalam beberapa hari saja oleh pihak Rocketfuel yang sangat profesional. Memang best-lah bekerja dengan team Rocketfuel!,”

– Sofia Marieylla

Jerung Merah merupakan signifikasi yang ingin Sofiaa tonjolkan selain menjadi sebahagian daripada teknik pemasaran yang dijalankannya.

Beliau juga ingin dikenali sebagai ‘Mummy Jerung’ dan ingin mengumpul lebih ramai lagi ‘anak-anak’ Jerung melalui Skuad Jerung Merah yang ditubuhkannya beberapa tahun yang lalu. 

“Ramai yang nak tau, kenapa Jerung Merah? Jawapannya mudah, sebab jerung kan suka ngappp! Dan Jerung Merah ialah Sofia Marieylla sendiri,”

– Sofia Marieylla
Sofiaa Marieylla - Cover 4000X4000

Menurut Encik Jipie, selaku Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment dan ISS, “Saya nampak potensi yang ada pada Sofiaa sebagai penyanyi, beliau mempunyai suara yang bagus yang boleh diketengahkan ke arena mainstream, selain mempunyai pengikut yang ramai di media sosial ditambah pula dengan konten-kontenya yang viral. 

“Skuad Jerung Merah yang dimulanya mempunyai rangkaian di serata negara, dan dengan lahirnya single ‘Akulah Jerung Merah’, moga lebih ramai lagi yang akan menyertai skuad tersebut. 

Encik Jipie

“Saya yakin dengan kerjasama padu Rocketfuel ini dalam mengembangkan karier saya sebagai penyanyi supaya lebih meluas dan me-roket sehingga ke angkasa! 

“Semoga single ‘Akulah Jerung Merah’ mendapat tempat di hati para pendengar masyarakat Malaysia dan berilah peluang buat anak tempatan untuk terus maju jaya dalam pebagai bidang. 

– Sofia Marieylla

Lagu ‘Akulah Jerung Merah’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. 

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube RocketFuel Network

Sofia Marieylla Akulah Jerung Merah

Lirik Lagu AKULAH JERUNG MERAH

Lovely Jerung… Lovely Jerung… 

Jerung Merah… Jerung Merah… 

Ku terperangkap di dalam jala cinta
Dap dap dap dap sedapnya nyum nyum nyum emm 

Berenang renang baby Jerung merajuk Di pantai kasih terdampar ku di pujuk Jikalau hati dah suka sama suka
Jom ayang bawak jumpa mummy kita 

Kenalkan inilah My Mummy Jerung! Kenalkan inilah My Mummy Jerung! 

Kau ku cinta ku sayang Jerung Merah
Oh berdebar hatiku baby Jerung
Ku terperangkap di dalam jala cinta
Dap dap dap dap sedapnya nyum nyum nyum emm 

Andainya Jerung di masak tiga rasa Pedasnya gila sehangat cinta kita Umpanlah daku ke lautan asmara Hanyut bersama rasa rindu sayang 

Kau ku cinta ku sayang Jerung Merah
Oh berdebar hatiku baby jerung
Ku terperangkap di dalam jala cinta
Dap dap dap dap sedapnya nyum nyum nyum emm 

Interlude: 

Andainya Jerung di masak tiga rasa Pedasnya gila sehangat cinta kita Umpanlah daku ke lautan asmara Hanyut bersama rasa rindu sayang 

Kau ku cinta ku sayang Jerung Merah Oh berdebar hatiku baby Jerung 

Sofia Marieylla Akulah Jerung Merah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Norman Hakim | 16

20 Selebriti Malaysia Kagum Dengan Ciri-Ciri Vlog Telefon Bimbit HONOR 50

Iqbal Zulkefli Hujan | 17

Iqbal Zulkefli Serius Lancar HUJAN, Tak Mahu Rosakkan Industri Muzik Tanah Air