in , ,

Iqbal Akui Peserta Paling Teruk, Bersedia Untuk Disingkir di Minggu Kedua

Dikecam teruk kerana menyertai program nyanyian Big Stage, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli mencabar juri untuk menyingkirkannya di konsert kedua Ahad ini.

Mengakui diriya peserta paling teruk, Iqbal berkata dia bukan penyanyi sebenar serta menyerahkan nasibnya kepada juri.

“Mungkin saya peserta paling teruk sepanjang empat musim, tapi bagi saya tak mengapalah. Buang je la kalau saya tak layak. Kalau saya tak layak tak mengapa, saya okay je.

“Saya adalah usahawan dan bukannya penyanyi sebenar. Jadi jangan bandingan saya sebagai penyanyi dalam situasi ini,”

– Iqbal

Ramai berpendapat penyertaannya dalam Big Stage seolah menutup periuk nasi penyanyi lain, Iqbal berkata itu adalah rezekinya dan orang ramai perlu menerima hakikat.

“Kenapa saya terpilih? Itu adalah rezeki saya, kena terima itu. Bagi sesiapa yang nak sertai pandai-pandai la marketing diri sendiri dan cari peluang selain jaga attitude untuk orang panggil. Jangan pertikaikan saya, fikir untuk diri sendiri. Jangan ada sikap nak nafikan rezeki orang,”

– Iqbal

Dalam pada itu, Iqbal berharap orang ramai tidak salah faham kerana dia menerima tawaran menyertai Big Stage bukan untuk mencari publisiti.

“Ini bukan tempat saya mencari publisiti, tolong jangan salah faham. Saua bukan masuk untuk dikecam sebab nak popular, saya bukan orang macam itu,”

– Iqbal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Blue | 21

Samsung Lancar Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 5G dengan Harga Bermula RM3,499

Lovaa Cosmetics

Tinggal Kerja Badan Beruniform, Suami Isteri Pertaruh Hasilkan Lovaa Cosmetics, Kini Berjaya Cipta Fenomena