in , ,

Samsung Lancar Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 5G dengan Harga Bermula RM3,499

Selepas spesifikasi peranti tertiris sepenuhnya sejak minggu lalu, hari ini Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+ akhirnya dilancarkan secara rasmi. Antara cirinya Stilus S Pen, Snapdragon 8G1, AMOLED 120Hz bermula RM3,499!

Pada hari ini, Samsung telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaharu untuk 2022 iaitu Samsung Galaxy S22 5G yang terdiri daripada tiga varian utama iaitu Samsung Galaxy S22 5G, Samsung Galaxy S22+ 5G dan Samsung Galaxy S22 Ultra 5G.

Galaxy S22 standard dan Galaxy S22+ mempunyai reka bentuk yang serupa dengan siri Galaxy S21 sebelum ini, namun kali ini ia mempunyai spesifikasi yang diperbaharui untuk 2022. Selain itu, warna badannya kini sama dengan warna pada bonggol kamera, berbeza dengan Galaxy S21 sebelum ini.

Samsung Lancar Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 5G dengan Harga Bermula RM3,499

Reka bentuk yang lebih unik adalah pada Galaxy S22 Ultra yang mempunyai rekaan dengan bucu yang lebih tajam dan menyerupai sebuah Galaxy Note. Selain itu, Galaxy S22 Ultra juga bakal menjadi peranti Galaxy S pertama yang mempunyai stilus yang turut terbina di dalamnya, seperti dalam siri Galaxy Note.

Semua varian Galaxy S22 bakal dilengkapi cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 untuk prestasi terpantas pada tahun ini. Selain itu, semua varian juga akan mempunyai rating kalis air IP68 dan sistem operasi OneUI 4.1 berdasarkan Android 12.

Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+ ini ditawarkan dengan cip Exynos 2200 dan Snapdragon 8 Gen 1 yang cukup berkuasa serta sistem kamera baharu dengan kemampuan mod malam yang dipertingkat berbanding peranti generasi terdahulu.

  • Samsung Galaxy S22 – RM3499 (8/128GB)
  • Samsung Galaxy S22 – RM3699 (8/256GB)
  • Samsung Galaxy S22+ – RM4099 (8/128GB)
  • Samsung Galaxy S22+ – RM4299 (8/256GB)
Samsung Lancar Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 5G dengan Harga Bermula RM3,499

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Samsung Galaxy S22:

Samsung Galaxy S22 5G

  • Skrin Dynamic AMOLED 2X FullHD+ berukuran 6.1 inci
  • Kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 240Hz, Vision Booster
  • Cipset Snapdragon 8 Gen 1 4nm
  • RAM 8GB
  • Storan dalaman 128GB atau 256GB
  • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 10MP
  • Kamera swafoto 10MP
  • Bateri 3,700mAh
  • Pengecasan pantas 25W, pengecasan wayarles 15W, Wireless PowerShare
  • Sistem operasi OneUI 4.1 berdasarkan Android 12
  • Menyokong Samsung Pay NFC
  • Rating kalis air IP68
  • Pilihan warna Phantom Black, Phantom Silver, Green, Pink Gold
  • Harga:
    • 128GB: RM3,499
    • 256GB: RM3,699
Samsung Lancar Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 5G dengan Harga Bermula RM3,499

Samsung Galaxy S22+ 5G

  • Skrin Dynamic AMOLED 2X FullHD+ berukuran 6.6 inci
  • Kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 240Hz, Vision Booster
  • Cipset Snapdragon 8 Gen 1 4nm
  • RAM 8GB
  • Storan dalaman 128GB atau 256GB
  • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 10MP
  • Kamera swafoto 10MP
  • Bateri 4,500mAh
  • Pengecasan pantas 45W, pengecasan wayarles 15W, Wireless PowerShare
  • Sistem operasi OneUI 4.1 berdasarkan Android 12
  • Menyokong Samsung Pay NFC
  • Rating kalis air IP68
  • Pilihan warna Phantom Black, Phantom Silver, Green, Pink Gold
  • Harga:
    • 128GB: RM4,099
    • 256GB: RM4,299

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G

  • Skrin Dynamic AMOLED 2X QuadHD+ berukuran 6.8 inci
  • Kadar segar semula 120Hz (1~120Hz), kadar bacaan sentuhan 240Hz, Vision Booster
  • Cipset Snapdragon 8 Gen 1 4nm
  • RAM 8GB atau 12GB
  • Storan dalaman 128GB, 256GB atau 512GB
  • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 3x 10MP + kamera telefoto 10x 10MP
  • Menyokong Space Zoom sehingga 100x
  • Kamera swafoto 40MP
  • Bateri 5,000mAh
  • Pengecasan pantas 45W, pengecasan wayarles 15W, Wireless PowerShare
  • Sistem operasi OneUI 4.1 berdasarkan Android 12
  • Dilengkapi stilus S Pen
  • Menyokong Samsung Pay NFC
  • Rating kalis air IP68
  • Pilihan warna Phantom Black, Phantom Silver, Green, Burgundy
  • Harga:
    • 8GB+128GB: RM5,099
    • 12GB+256GB: RM5,499
    • 12GB+512GB: RM5,899
Samsung Lancar Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 5G dengan Harga Bermula RM3,499

Layari laman web Samsung Malaysia untuk pra-tempahan Galaxy S22 5G, Galaxy S22+ 5G dan Galaxy S22 Ultra 5G. Dengan setiap pra-tempahan untuk Galaxy S22, anda akan menerima beberapa hadiah menarik seperti baucar, sarung silikon, aksesori kamera dan banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MASTURA ISMAIL

Penyanyi Lagu APO KONO EH JANG, Mastura Ismail Meninggal Dunia

Iqbal Akui Peserta Paling Teruk, Bersedia Untuk Disingkir di Minggu Kedua