in ,

Inspirasi Bersama Dato’ Seri Vida dalam OPEN FLOOR

2019 ini, misi melebarkan sayap dakwah diteruskan oleh TV Hijrah dengan memperkenalkan sebuah rancangan keagamaan baru yang diberi tajuk Open Floor.

TV Hijrah kekal berada di hati penonton setelah lapan tahun bersiaran. Ini terbukti  apabila dua rancangan siaran langsung yang disiarkan penghujung tahun lalu iaitu rancangan Pink Point & Sila Duduk Jangan Lari mendapat sambutan luar biasa dengan catatan peratusan tontonan yang meningkat dari hari ke hari.

Open Floor disiarkan sebanyak empat puluh episod bermula 4 Febuari 2019, setiap isnin hingga jumaat, jam 9 malam.

Logo Open Floor

Open Floor Aplikasi Pedagogi Rasulullah Dalam Penyampaian Ilmu

Penonton di rumah pastinya jatuh hati dengan kelainan dan keunikan konsep siaran yang dibawakan oleh rancangan Open Floor ini sepanjang satu jam siarannya.

Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman memberikan motivasi & pandangan dalam Open Floor

Secara kreatifnya, kumpulan penerbitan rancangan Open Floor menggabungkan sebahagian besar pedagogi utama Baginda Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah dan ilmu. Antara teknik-teknik yang digunapakai adalah metodologi kuliah dan syarahan, teknik bercerita dengan iktibar dan kaedah soal dan jawab.

Ini selaras dengan objektif utama penerbitan rancangan Open Floor ini yang mahu menjadikan rancangan ini sebagai sumber rujuk masyarakat terutamanya umat Islam sekaligus mendidik jiwa tauhid penonton agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap Allah SWT serta rasa cinta tidak berbelah bahagi buat Nabi Muhammad SAW.

Open Floor bersama Ustaz Ashraf Suarin

Penceramah-penceramah terkenal seperti Ustaz Ashraf Suarin Al-Muqri, Ustaz Muhammad Rozi Harun, Ustaz Rahmat Ikhsan, Ustaz Aiman Al-Madany, Ustaz Muhammad Aidil Azwal Zainudin, Dato’ Sri MahadiBadrul Zaman dan ramai lagi akan berkomunikasi santai secara dua hala bersama penonton yang hadir di studio untuk membincangkan topik-topik ilmiah yang menarik dalam bentuk halaqah.

Kesemua penceramah ini bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu atau dikenali sebagai muallim, bahkan mereka juga juga berperanan sebagai murabbi, mudarris, mursyid dan muaddib. Mereka mendidik penonton di studio dan di rumah kerana Allah dan dengan kaedah pengajaran yang berkesan dan bersifat kasih sayang.

kemeriahan rakaman Open Floor

Antara topik-topik yang akan dibincangkan di dalam rancangan Open Floor adalah Allah Ada Masalah Tiada, Bersyukur Jangan Kufur, Remaja Berjaya, Dugaan Kaya, Penjenamaan Diri, Gossip, Nafikan Halal Haram, Main-Main Solat dan banyak lagi topik istimewa lain yang pastinya menjadi makanan tambahan bagi meningkatkan energi kerohanian.

Selain daripada rancangan Open Floor, rancangan Inspirasi Bersama Dato’ Seri Vida juga akan ditayangkan setiap hari bermula 4 Februari ini pada jam 10 pagi.

Inspirasi Bersama Dato’ Seri Vida adalah sebuah program bual bicara santai yang membicarakan topik-topik membina dan memberi motivasi kepada penonton untuk berjaya di dalam kehidupan.

Inspirasi Bersama Dato' Seri Vida (b)

Selama satu jam siaran, Dato’ Seri Vida ditemani panel tetap iaitu saudaraSyamsul Debat berkongsi tips-tips istimewa tentang kemahiran keusahawanan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta pelbagai isu lain yang boleh menjadi panduan untuk terus berjaya di dunia dan akhirat.

Antara tajuk-tajuk perbincangan adalah Untung Dunia Untung AkhiratBerdikari Mencari NafkahSusah Senang Diharung BersamaLebih Mulia yang DekatDapat Dua Ganjara, Sibuk Hanya Alasan dan lain-lain.

TV Hijrah meletakkan sepenuh keyakinan bahawa rancangan Open Floor dan rancangan Inspirasi Bersama Dato’ Seri Vida mampu menjadi agen perubahan kepada masyarakat Malaysia. Jadi jangan lupa untuk sama-sama menimba ilmu di TV Hijrah februari ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Emma Buka Tudung, Nama Syed Abdullah Sasaran Netizen

DeFam

Solekan Paling Ons di AJL Milik Azira Shafinaz & DeFam