in ,

Solekan Paling Ons di AJL Milik Azira Shafinaz & DeFam

Tidak dinafikan, penampilan simbolik kumpulan De Fam saat membawakan lagu Bunga nyanyian asal Altimet di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) lalu mendapat pujian ramai.

Meski diberikan amanah untuk mempersembahkan lagu orang lain, namun trio tersebut dianggap bersungguh, lengkap dengan tarian memukau. Segalanya nak kena nampak perfect. Bukan sahaja step nak kena sama tapi solekan pun kenalah meletop.

Selain itu, tidak kurang yang turut memuji solekan ketiga-tiganya, terutama Azira Shafinaz yang disifatkan paling menonjol di antara ketiga mereka kerana turut aktif dalam lakonan.

Menerusi foto solekan secara dekat yang dikongsi menerusi Instagram, rata-ratanya memuji solekan daripada Sahir Sabri itu, termasuk rakan selebriti.

Azira Shafinaz Defam
Azira Shafinaz Defam
Defam
Defam
Defam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inspirasi Bersama Dato’ Seri Vida dalam OPEN FLOOR

Isteri Fad Bocey Dedah Sebab Utama Pakai Tudung