in , ,

“Ingat Orang Kat Belakang Ni Tak Sekolah Ke?”- Tokram

PENAMPILAN pengacara Elly Mazlein di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sekali gus menepis dakwaan kononnya dia masih berselisih faham dengan salah seorang juri iaitu Datuk Ramli MS.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, apa yang berlaku antaranya dengan pengarah muzik itu adalah kisah lama dan dia telah memohon maaf berhubung isu berkenaan.

“Alhamdulillah, hubungan saya dengan Tok Ram (Ramli) baik-baik sahaja. Sampai bila kita nak bermasam muka. Semua masalah ada jalan penyelesaian.

Elly profesional dan lupakan kisah lama.

“Saya dahulu yang minta maaf kepada Tok Ram dan sekarang ini kami dah boleh bergurau,” 

Elly menjelaskan mengenai perkara itu ketika minggu pertama GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Menerusi satu rakaman yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Tktok yusuffAnak7, kelihatan seperti Tokram atau nama sebenar nya Ramli bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli M. S menjawab persoalan yang diajukan oleh Dato Syafinaz dengan nada bergurau sahaja.

Namun perbualan tersebut mendapat perhatian ramai apabila ada netizen beranggapan Kak Lina yang dimarahi atau ditegur oleh tokram.

Namun semua itu adalah gurauan semata mata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awie | 16

Awie pertahan pemilihan Shiha sebagai Superstar Paling Gempak

Sabella

Sabella Hargai 120 ‘Dropship’ Yang Mencapai Sasaran RM1Juta Setahun