in , ,

Sabella Hargai 120 ‘Dropship’ Yang Mencapai Sasaran RM1Juta Setahun

Jenama pakaian tempatan yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tanpa Gosok’, Sabella menghargai lebih 120 usahawan ‘droship’ yang berjaya membuat jualan RM1 juta setahun dan ke atas pada majlis makan malam, Inner Circl Meeting Sabella 2022 yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, kejayaan yang dicapai setiap daripada mereka adalah bukti kerja keras tanpa mengenal erti putus asa biarpun negara baru memasuki endemik.

Sabella Hargai 120 'Dropship' Capai Sasaran Rm1Juta Setahun

“Kebanyakan daripada ‘dropship’ Sabella terdiri daripada suri rumah yang mana memang tidak mempunyai asas dalam perniagaan. Tapi, apabila mereka bersama kita, secara perlahan-lahan mereka dapat belajar seterusnya mampu pergi jauh.

“Pada saya, ini adalah usaha dan kerja keras yang wajar diberi pujian. Bukan mudah sebenarnya apatah lagi sepanjang hampir dua tahun ini negara dibelenggu dengan pandemik Covid-19. Namun, mereka tidak pernah putus asa sekali gus membuktikan tidak ada mustahil untuk dilakukan.
 
“Mencapai jumlah jualan RM1 juta dalam tempoh setahun dan ke atas itu sesuatu yang cukup membanggakan. Semoga kejayaan mereka ini menjadi pendorong buat orang lain untuk terus berjaya,” katanya.

Sabella Hargai 120 'Dropship' Capai Sasaran Rm1Juta Setahun

Beberapa rakan kongsi premier Sabella yang menjadi usahawan ‘dropship’ di bawah syarikat itu menyumbang kepada sumber pendapatan yang lebih stabil serta dilengkapi ilmu perniagaan masa kini.

“Sebelum menyertai Sabella saya adalah suri rumah sepenuh masa. Jadi, dari segi pendapatan itu kalau buat bisnes sebelum ini pun memang tak ada rekod. Tapi alhamdulillah bila buat Sabella saya dah mula ambil gaji saya dah boleh jana pendapatan lima angka sebulan,” kata Che Sukma Ayu Yaacob.

“Selama setahun saya bersama Sabella, saya sudah mencapai kejayaan ini. Bagi saya ia adalah satu perkembangan yang agak besar. Sebelum saya dalam agensi pelancongan pun saya punya jualan macam itu tetapi saya nak buktikan yang lelaki juga boleh jual baju perempuan dan fesyen wanita,” kata Muhammad Arif Atiq Ahmad Suzaili.

Sabella Hargai 120 'Dropship' Capai Sasaran Rm1Juta Setahun

Pada majlis sama, Sabella turut mengadakan pertunjukan fesyen untuk memperkenalkan rekaan ternaharu bagi koleksi akan datang.

Sabella Hargai 120 'Dropship' Capai Sasaran Rm1Juta Setahun

Sabella juga menyasarkan jualan tahun ini sebanyak RM200 juta selain mengumumkan insentif menarik untuk direbut usahawan ‘dropship’ apabila mencapai sasaran jualan pada 2023. Ia termasuk pakej percutian ke Ho Chi Minh, Bali dan Turkiye termasuk sebuah kereta mewah Mercedes A200.

Sabella Hargai 120 'Dropship' Capai Sasaran Rm1Juta Setahun
Sabella Hargai 120 'Dropship' Capai Sasaran Rm1Juta Setahun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tokram Ramli Ms | 15

“Ingat Orang Kat Belakang Ni Tak Sekolah Ke?”- Tokram

Raisa

Hitman Solutions Anjur Konsert RAISA: LIVE IN MALAYSIA