in , ,

Siapakah 14 Orang Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-8?

Tanpa perlu pengenalan panjang lebar, pertandingan nyanyian popular ‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ yang menampilkan penjenamaan semula barisan penghibur berpengalaman yang pernah masyhur di persada seni hiburan bakal kembali menyengat dengan penganjuran edisi yang kelapan tidak lama lagi.

‘GV8’ bakal mempertaruhkan 14 pesaing yang terdiri daripada wakil nusantara dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Untuk menyuntik sedikit kelainan sekaligus memberi lebih cabaran kepada peserta yang bertanding, penjurian musim terbaharu juga lebih sukar dengan perlantikan tiga juri tetap yang masing-masing memiliki kredibiliti dan reputasi cemerlang dalam dunia hiburan. Selain daripada barisan peserta dan juri tetap, pasangan hos juga anta tarikan utama program ‘GV’ saban tahun.

Pastinya, barisan utama yang menjayakan musim ini bakal sekali lagi menjadi menjadi perhatian sekaligus mengundang pelbagai ulasan dan perdebatan di kalangan netizen, pengamal media, blogger serta pencinta seni tanah air. Siapakah mereka? Sama-sama kita nantikan pengumum rasmi yang akan diumumkan pada petang ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Ingat Aku Ada Masa Ke Nak Fikir,” Datin Alyah Respon Pasal GV

Mawar Rashid Terharu Suami Hadiahkan Banglo Idaman Bernilai RM2 Juta