in , ,

Puteri Aishah Bakal Bernikah Bulan Ini Selepas Saling Mengenali Dua Tahun

Pelakon Puteri Aishah, 27, berkongsi khabar gembira apabila bakal menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan berusia 28 tahun, bulan ini.

Puteri Aishah berkata, dia bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi maklumat terperinci mengenai majlis pernikahannya itu. 

“Sepatutnya kami merancang untuk bernikah lebih awal, tapi melihat kepada keadaan semasa kami bersepakat mendirikan rumah tangga pada bulan ini. 

“Sekiranya semua dipermudahkan, kami akan teruskan seperti apa yang dirancang. Alhamdulillah segala persiapan menuju hari bahagia berjalan lancar dan sudah siap hampir 80 peratus. 

“Kalau boleh tak nak majlis kami diadakan secara maya kerana nak perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak.

“Saya juga tidak berniat untuk merahsiakan tarikh perkahwinan dan identiti bakal suami. Siapa yang tahu, tahulah. Tapi selebihnya, semua saya akan kongsikan pada hari terbabit nanti,” katanya.

Menurut Puteri Aishah, dia mengenali bakal suaminya itu lebih dua tahun lalu dan tidak sabar untuk melangkah ke fasa seterusnya. 

“Saya sangat bersyukur kerana bakal suami menyokong karier seni saya selepas ini. Malah, kami berdua memang kuat bekerja dan tiada masalah mengenai perkara itu.

“Kami faham mengenai kerjaya masing-masing. Dia juga tidak pernah melarang minat saya terhadap dunia lakonan, sebaliknya memberi galakan terhadap apa yang saya lakukan. 

“Doakan semoga majlis pernikahan nanti akan berjalan lancar. Apa yang dapat saya kongsi lagi, majlis akan diadakan secara sederhana dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Naim Daniel | 19

Kisah Selalu Dipermainkan Kekasih, Naim Daniel Lancar Single MAINAN

Alyah | 20

“Ingat Aku Ada Masa Ke Nak Fikir,” Datin Alyah Respon Pasal GV