in , ,

IN LOVE WITH MIRA Kongsi Detik Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir

‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ mula bersiaran 7 September. NAURA tampilkan detik-detik eksklusif Mira Filzah menuju gerbang perkahwinan

NAURA, saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan berbesar hati melancarkan program terbaharunya, ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ yang bakal bersiaran mulai Isnin, 7 September, jam 9 malam, di saluran 109. Program eksklusif berdurasi 30 minit ini akan berlangsung selama 8 episod berturut-turut. ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ mengisahkan perjalanan pelakon, pengacara, model dan usahawan jelita tanah air Mira Filzah dan tunangnya, Wan Emir Astar dalam mencari jawapan kepada pelbagai persoalan tentang alam rumah tangga, sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya.

In Love With Mira - Square Poster

Saksikan Mira dan Wan Emir dalam pertemuan mereka dengan beberapa individu disegani bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan terbaik demi kelangsungan dan kebahagiaan hubungan kedua bakal mempelai itu sebelum ke jinjang pelamin dan selepas akad yang bakal menyatukan dua hati menjadi satu. 

Individu-individu ini termasuklah Datuk Prof Dr Muhaya, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Dato’ Badli Shah, Imam Muda Asyraf, Ustazah Asni Mansor, dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Mira Filzah dan Wan Emir Astar

Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Saluran Perniagaan Melayu Astro berkata:

Sebagai saluran yang memfokuskan kepada kandungan gaya hidup Muslim moden, kami amat teruja apabila dapat bekerjasama dengan figura serba boleh dan diminati ramai, Mira Filzah untuk menghasilkan sebuah kandungan yang cukup eksklusif ini.

Audiens, terutamanya peminat Mira dapat mengenalinya dengan lebih dekat dan turut sama menyaksikan perjalanan beliau menuju ke gerbang perkahwinan.

Penampilan istimewa tunang Mira, saudara Wan Emir Astar, turut melengkapkan lagi program ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ ini.

Kami begitu berbesar hati dengan kedua-dua bakal mempelai kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada NAURA untuk merekodkan momen-momen terindah mereka, menjadikannya sebuah penceritaan yang cukup eksklusif dan tidak pernah lagi dipaparkan di mana-mana platform media yang lain.

Azlin Reza Azmi
In Love With Mira - Poster

Kami yakin, program ini bukan sahaja boleh mencetuskan inspirasi buat wanita Muslim moden di negara ini, malah ia juga dapat memberikan perspektif baharu untuk mana-mana individu yang sebelum ini mungkin mempunyai pelbagai persoalan tentang perkahwinan yang masih tidak lagi terjawab.

Kehadiran tokoh-tokoh yang disegani seperti Datuk Prof Dr Muhaya, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Dato’ Badli Shah, Imam Muda Asyraf, Ustazah Asni Mansor, dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki semestinya dapat memberikan pandangan lebih luas dan terbuka tentang keindahan serta cabaran dalam sesebuah perkahwinan.

Kami berharap, dengan penghasilan program ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ ini, audiens terutamanya mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, dapat memanfaatkan segala nasihat yang diutarakan barisan tetamu jemputan kami, dan turut sama berkongsi kegembiraan Mira dan tunang beliau dalam meniti hari-hari bahagia mereka.”

Azlin Reza Azmi
In Love With Mira - Poster 2

Saksikan tayangan serentak episod pertama ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ di NAURA (saluran 109), Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124) mulai Isnin, 7 September pada jam 9 malam.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim secara percuma melalui aplikasi Astro GO, dan secara on demand bagi pelanggan Astro.

Mira Filzah dan Wan Emir Astar 2
Mira Filzah dan Wan Emir Astar 3
Mira Filzah dan Wan Emir Astar 4
Mira Filzah dan Wan Emir Astar 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Apa-Apa Jadi, Yang Lebih Teruk Dicemuh Adalah Perempuan,” – Fynn Jamal

Kena Reject Banyak Kali, Wan Emir Dedah Cabaran Nak Dekati Mira Filzah