in , , ,

“Apa-Apa Jadi, Yang Lebih Teruk Dicemuh Adalah Perempuan,” – Fynn Jamal

Seakan timbul tanda tanya andai posting yang dimuat naik oleh penyanyi Fynn Jamal di laman Instagram miliknya mempunyai kaitan dengan kisah anak perempuan kepada penyanyi Nora Ariffin, namun ianya dilihat bagai satu pesanan dan ingatan buat kaum wanita.

Menerusi ruangan entri berkenaan, Fynn difahamkan tampil memberikan pendapat mengapa pesanan ‘jaga diri’ selalu diberikan kepada wanita.

“Kenapa pesanan ‘jaga diri’ itu lebih selalu ditonyoh pada muka perempuan? Sebab kalau apa-apa jadi, yang lebih teruk dicemuh adalah perempuan. Bunting – perempuan yang hadap kena jawab. Yang jantan entah ke mana hala.”

– Fynn Jamal
Fynn Jamal

Ujar Fynn, pesanan untuk menjaga diri itu bukanlah satu sebab untuk menyalahkan perempuan semata-mata namun ia kepada lebih menyanyangi kaum tersebut.

“Jaga diri tu bukan sebab nak salahkan perempuan tapi sebab sayanglah kita berpesan. Apa-apa jadi nanti yang akan kena jawab seranah tu memang perempuan. Nak tunggu dunia ni adil memang beranganlah. Ni dunia kot.”

– Fynn Jamal
Fynn Jamal

Tambah Fynn lagi, tidak menjadi toksik kepada anak-anak dan mendengar segala keluhan mereka dengan senyum lebar merupakan psikologi barat yang sentiasa mengingatkan ibu bapa berkenaan hal tersebut.

“Ikatlah anak-anak perempuan kita. Ya, memang saikoloji omputih kita dok berpesan pada parents jangan jadi toksik la, dengar dan senyum lebarlah. Tapi ah, sampai bila nak tipu diri sendiri.”

– Fynn Jamal

Sekadar informasi, Fynn sebelum ini cukup terkenal dengan tulisan-tulisan dan lagu-lagu puisinya seperti Arjuna Beta yang dicipta istimewa untuk anak sulungnya. 

Malah sebelum ini juga nama Fynn turut disebut-sebut warganet sehingga trending di laman Twitter gara-gara luahan dan pandangannya berhubung isu rogol.

Fynn Jamal

Bahkan, hampir sebahagian netizen khabarnya tidak berpuas hati dengan pendapat yang dilontarkan penyanyi tersebut.

Sumber: Beautifulnara & IG Fynn Jamal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr Jason Leong Bangga Tayangan DR JASON LEONG: HASHTAG BLESSED di Netflix

IN LOVE WITH MIRA Kongsi Detik Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir