in ,

Ikmal Amry Sah Bergelar Suami Kepada Personaliti Media Sosial Najla Shamsul

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Ikmal Amry kini telah sah bergelar suami kepada personaliti media sosial, Najla Shamsul kira-kira pada pukul 10.30 pagi tadi.

Majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung di kampung halaman Najla di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan hanya dihadiri 200 tetamu dalam kalangan keluarga terdekat dan rakan taulan.

Ikmal dinikahkan oleh bapa Najla, Shamsul Kamar. Pelakon itu menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000 dan mas kahwin RM300. Pengantin lelaki turut menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh oleh pihaknya.

Ikmal Amry Sah Bergelar Suami Kepada Personaliti Media Sosial Najla Shamsul

“Alhamdulillah majlis berlangsung apa adanya di musim pandemik COVID 19 ini. Semuanya masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Saya juga percaya rezeki akan tetap ada biarpun sudah berstatus suami.

“Rezeki datang daripada Allah dan saya percaya dengan rezeki selepas berkahwin sebab kebanyakan pelakon yang terkenal sekarang ini pun sudah berkahwin,”

– Ikmal Amry

Sebelum ini, pasangan berkenaan tidak melangsungkan pertunangan tetapi hanya sekadar majlis merisik pada Mei lalu.

Dalam pada itu, selepas lebih empat tahun mengenali diri masing masing, pelakon drama Gantung The Series itu percaya Najla menjadi pilihannya untuk sehidup semati.

Ikmal Amry Sah Bergelar Suami Kepada Personaliti Media Sosial Najla Shamsul

“Tanggungjawab besar untuk saya harungi bersama isteri selepas ini. InsyaAllah kami akan sama sama jalani kehidupan berdua sebaik mungkin Najla sendiri menyenangkan dan memahami diri saya,”

– Ikmal Amry

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di kawasan tertentu termasuk KL, majlis keraian di ibu kota ditunda terlebih dulu. Bagaimanapun, kedua-duanya akan diraikan di Melaka terlebih dahulu malam ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sony Keluarkan Cyperpunk 2077 dari PlayStation Store, Berikan Bayaran Balik Penuh

Sama Cantik Sama Padan, Resepsi Ikmal Amry & Isteri Meriah Dirai Teman Rapat